Stesen bas Penang Sentral yang menggamit memori saya. Tempat ini banyak menyimpan kenangan saya. Dari awal bermulanya persekolahan saya di asrama, sehinggalah kini saya bekerja. (Ya, bukan sahaja masa belajar, tapi hingga saya bekerjaya). Seiring perubahan watak saya daripada seorang pelajar kepada seorang pekerja, begitu juga tempat ini, makin maju dan membangun. Prasarananya makin bagus. Jaringan pengangkutannya makin meluas dan lebih cekap, menjadi nadi perhubungan antara insan yang terpaksa berjauhan, namun hakikat jiwa mereka ini tidak pernah terpisah jauh. Lihat saja saya, begitu banyak sekali tempat ini berbakti. Daripada seorang anak gadis yang agak manja, berubah menjadi saya yang lebih tabah Dan matang dalam mendepani cabaran dalam kehidupan ini. Sekarang ini, saya masih me...
Menulis untuk mendidik diri, bonus lagi dapat memberi inspirasi...