Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Hanya Kepada-Nya Diletakkan Pengharapan...

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi...sungguh Dialah pemilik segala-galanya, sungguh Dialah yang memberikan daya dan upaya... Alhamdulillah, semalam keputusan peperiksaan semester 1, tahun 4 saya telah diumumkan...Tiada kata yang terucap melainkan hanyalah alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah dengan kurniaan-Nya yang banyak, yang besar sedangkan usaha hambanya penuh kekurangan dan keterbatasan... :') Lebih kurang sebulan yang lalu, dalam tempoh saya bakal menghadapi peperiksaan akhir semester 1, saya menghadapi satu ujian yang saya kira berat bagi saya sepanjang tempoh pengajian saya di universiti. Saya menghadapi waktu-waktu kritikal ketika itu. Kedua-dua perkara sama pentingnya dalam menjaga apa yang saya ada sebelum ini dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan akademik. Sungguh.... Allah Maha Memakbulkan... Dialah yang memberi kekuatan... Dialah yang menunjukkan jalan... Kini, saya merasakan b...