Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi...sungguh Dialah pemilik segala-galanya, sungguh Dialah yang memberikan daya dan upaya...
Alhamdulillah, semalam keputusan peperiksaan semester 1, tahun 4 saya telah diumumkan...Tiada kata yang terucap melainkan hanyalah alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah dengan kurniaan-Nya yang banyak, yang besar sedangkan usaha hambanya penuh kekurangan dan keterbatasan... :')
Lebih kurang sebulan yang lalu, dalam tempoh saya bakal menghadapi peperiksaan akhir semester 1, saya menghadapi satu ujian yang saya kira berat bagi saya sepanjang tempoh pengajian saya di universiti. Saya menghadapi waktu-waktu kritikal ketika itu. Kedua-dua perkara sama pentingnya dalam menjaga apa yang saya ada sebelum ini dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Sungguh....
Allah Maha Memakbulkan...
Dialah yang memberi kekuatan...
Dialah yang menunjukkan jalan...
Kini, saya merasakan betapa benar firman-Nya bahawa setelah kesusahan ada kemudahan... dan setiap ujian yang Allah takdirkan itu, ada tempoh masanya yang tertentu, maka bersabarlah dengan keputusan-Nya (tidak selama-lamanya kita akan dalam keadaan 'ribut' itu, pastikan tiba masanya ia reda)
Ujian itu, sungguh sebenarnya menjadikan kita lebih baik, hanya apabila kita menilai dengan mata hati...
Harapan saya moga ibrah daripada ujian ini kekal bersama-sama saya untuk selama-lamanya...
Akhir sekali, pertama dan selama-lamanya ya Allah, Kaulah yang kami sembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan...Syukur atas segala bimbingan-Mu, moga diri ini sentiasa menjadi hamba-Mu yang sentiasa bersabar dan bersyukur dalam segala hal, dalam segala keadaan...Amin Yarabbal Alamin...
p/s: insyaAllah, ada banyak lagi perkara yang nak dikongsi...moga Allah beri keberkatan waktu...

Comments
Post a Comment