Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya.
Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap bahawa bidang Sains Bioperubatan sama seperti bidang Perubatan. Kata mereka, "keluar nanti jadi doktorlah ya". Tidak kurangnya juga ada yang memandang rendah bidang ini. Katanya, "ada kerjakah selepas ini?". Lebih teruk lagi apabila stigma tiada kerja ini berlegar-legar dalam kalangan kami sendiri daripada junior tahun pertama hingga ke senior tahun akhir. Malah, saya sendiri pernah berhadapan dengan masyarakat yang memandang rendah akan bidang Sains Bioperubatan ini. Seorang pemandu teksi yang teksinya saya langgan buat perjalanan pulang ke kolej kediaman bertanyakan tentang kursus apa yang saya ambil di universiti. Spontan saya menjawab Sains Bioperubatan. Beliau dengan yakin dan spontannya terus berkata, "ceit, adik buat apa buang masa, baik balik kampung, kahwin ka apa ka". Seingat saya, saya tidak respon apa-apa. Kelu hendak bereaksi yang bagaimana. Sementelah semasa itu baru pada tahun pertama pengajian pula. Pemandu teksi itu malah berbangga mengaku bahawa beliau sanggup berhabisan menanggung pengajian anaknya sendiri di India dalam bidang Perubatan. Begitu rendahnya bidang Sains Bioperubatan pada pandangan sesetengah masyarakat.
Kini, setelah lima tahun saya bergraduasi dalam bidang Sains Bioperubatan apa yang boleh saya katakan ialah saya amat bersyukur kerana diizinkan Allah untuk belajar dalam bidang ini. Sememangnya subjek Farmakologi yang saya pelajari tidak saya praktikkan ke atas pesakit saya. Tetapi, bidang ini membantu saya menjadi insan yang lebih bijak dalam menjalani kehidupan seharian. Kini saya menjadi ibu, menjadi ibu yang celik ilmu Farmakologi dan Toksikologi dalam membesarkan anak tercinta. Kalian, segala ilmu yang saya pelajari dalam bidang Sains Bioperubatan (daripada anatomi, fisiologi hingga ke patologi; banyak lagi jika hendak disenaraikan kesemuanya) berguna kepada diri saya, dalam kehidupan seharian saya. Malah, saya masih ingat lagi, inilah harapan pensyarah Farmakologi saya bahawa ilmu yang beliau ajarkan ini dapat kami praktikkan dalam kehidupan seharian kami.
Menyentuh mengenai peluang pekerjaan dalam bidang ini, saya sejak di universiti lagi yakin dan percaya setiap orang ada rezekinya, cuma bentuknya yang berbeza-beza. Beratus-ratus orang yang naik ke pentas untuk menerima ijazah dalam bidang Sains Bioperubatan ini, ada jalan rezekinya tersendiri. Tinggal saja untuk kita yakin dan percaya bahawa rezeki setiap orang itu telah ditentukan oleh-Nya.
Lebih istimewa lagi, saya graduan Sains Bioperubatan dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Para pensyarahnya sangat dekat dengan kami para pelajar. Semua pensyarah hebat lagi berpengalaman dalam bidang masing-masing. Terima kasih kepada semua pensyarah yang telah mengajarkan ilmu bioperubatan kepada saya. Malah, lebih daripada itu mereka mengajar ilmu kehidupan kepada saya. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.
Terima kasih ya Allah atas segala pengalaman dan kesempatan yang telah kau berikan. Alhamdulillah! 🙂

Boleh saya tahu adakah puan telah bekerja selepas tamat belajar. Saya juga merupakan pelajar sains bioperubatan UKM dan saya agak risau tentang peluang pekerjaan nanti
ReplyDelete