Alhamdulillah hari ini saya ada bengkel yang pertama bersama pakar bidang untuk Projek Penerbitan Ensiklopedia Penyakit Berjangkit. Ada 10 orang pakar semuanya, majoriti dari IMR dan lain-lain dari PPUKM, UPM dan UKM, Kampus KL (bekas kampus pengajian saya yang terchenta (= ). Maka berjumpalah saya dengan pensyarah saya tadi, Prof Kamel! Prof Kamel mengajar saya dari tahun dua pengajian sampailah tahun akhir pengajian. Beliau pakar dalam bidang Parasitologi. It's interesting subject you know! Sebenarnya, munculnya idea untuk menerbitkan ensiklopedia judul Penyakit Berjangkit ini, adalah datangnya daripada saya sendiri selaku pengurus projek. Awal kemasukan saya di Bahagian Ensiklopedia, DBP, pengarah jabatan mengarahkan untuk saya membina sendiri tajuk ensiklopedia saya. Makanya, saya yang berlatar belakang pendidikan dalam bidang sains kesihatan, khusus Bioperubatan berpandangan subjek Penyakit Berjangkit adalah yang terbaik! Kenapa? Kerana ianya satu topik kesihatan...
Menulis untuk mendidik diri, bonus lagi dapat memberi inspirasi...