Skip to main content

Mencintai Profesion Ini


Alhamdulillah hari ini saya ada bengkel yang pertama bersama pakar bidang untuk Projek Penerbitan Ensiklopedia Penyakit Berjangkit. Ada 10 orang pakar semuanya, majoriti dari IMR dan lain-lain dari PPUKM, UPM dan UKM, Kampus KL (bekas kampus pengajian saya yang terchenta (= ).

Maka berjumpalah saya dengan pensyarah saya tadi, Prof Kamel! Prof  Kamel mengajar saya dari tahun dua pengajian sampailah tahun akhir pengajian. Beliau pakar dalam bidang Parasitologi. It's interesting subject you know!  

Sebenarnya, munculnya idea untuk menerbitkan ensiklopedia judul Penyakit Berjangkit ini, adalah datangnya daripada saya sendiri selaku pengurus projek. Awal kemasukan saya di Bahagian Ensiklopedia, DBP, pengarah jabatan mengarahkan untuk saya membina sendiri tajuk ensiklopedia saya. Makanya, saya yang berlatar belakang pendidikan dalam bidang sains kesihatan, khusus Bioperubatan berpandangan subjek Penyakit Berjangkit adalah yang terbaik! Kenapa? Kerana ianya satu topik kesihatan awam yang penting diketahui oleh umum. Sebarannya luas, dan siapa-siapa sahaja boleh terkena atau menjadi pembawa penyakit berjangkit ini. Jadi dari sini saya dapat lihat kepentingannya ensiklopedia judul ini diterbitkan. Apatah lagi dalam bahasa ibunda kita sendiri, akan meningkatkan lagi imej bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa ilmu. Wahhhh...ni dah boleh digelar pejuang bahasa ni ;)

Semakin lama saya dalam bidang tugas ini, semakin saya memahami fungsi dan peranan saya sebagai editor. Lebih-lebih lagi di bahagian ensiklopedia. Saya menjadi wadah penyampai ilmu yang berguna kepada seluruh masyarakat! Don't you think that, this is really a noble work? Saya rasa bersyukur kerana Allah pilih saya untuk jalankan tugas ini. Pernah bijak pandai berkata, "ilmu yang berguna itu hanyalah yang dapat memberi manfaat". Saya kira, Allah memberi peluang untuk saya manfaatkan ilmu Sains Bioperubatan yang saya timba selama empat tahun di menara gading. Ya, walaupun tidak terlibat secara langsung dalam bidang bioperubatan, tetapi dengan adanya ilmu ini memudahkan saya dalam pengendalian projek ini dengan sebaik-baiknya. Contohnya, istilah seperti epidemiologi bukanlah satu istilah yang asing bagi saya. Malah, apabila berbincang mengenai penyakit berjangkit mesti disentuh perkara ini. Jadinya, komunikasi saya dengan para pakar bidang pun lebih mudah, apatah lagi saya sebagai editor perlu membimbing pakar untuk menulis mengikut gaya dewan.

InsyaAllah, dalam perjalanan ini dalam saya mencari nilai diri (maksud saya, apa sumbangan yang boleh saya berikan kepada insan lain) saya kira, inilah salah satu sebab Allah takdirkan saya, sebagai editor di sini. Tidak lain dan tidak bukan untuk menyumbang dalam dunia penerbitan buku-buku ilmiah untuk manfaat masyarakat.

Moga Allah redha dengan usaha ini. Ya, saya bekerja dibayar gaji tiap-tiap bulan. Tetapi saya mahukan lebih lagi, bukan sahaja habuan di dunia ini, malah habuan di akhirat sana nanti yang saya lebih nantikan dengan penuh keterujaan.

Moga Allah beri kekuatan untuk terus berjuang dalam bidang ini. Moga saya dan kita semua dapat mengibadahkan segala tugasan kita, tidak kiralah dalam profesion apapun kita. Setiap insan itu unik. Allah tidak menciptakan kita untuk saling berlumba, tetapi tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kita saling melengkapi dalam mengimarahkan kehidupan di muka bumi Allah ini. InsyaAllah, ayuh sama-sama kita usaha dalam perjalanan mencari redha-Nya semata-mata! :')


Dari,
Pengemis redha-Mu
29 Mac 2016
Di rumah sewa, saat semua sudah dibuai mimpi ;)





Comments

Popular posts from this blog

"Sains Bioperubatan, kerja apa ya nanti?"

Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya. Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap...

Kod Khalifah Kamu Apa?

       Dua tiga hari ini, atau lebih tepat lagi sudah lama perkara ini bersarang di hati (mungkin selama ini dalam keadaan "in denial state" ), saya sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. "Kenapa? Sekarang saya tidak cukup baikkah? Ya, saya berasa "selesa". Selesa dalam ruang lingkup saya sendiri. Saya sedar perkara ini tidak baik untuk saya," diam-diam jiwa ini merintih. "Ya Allah bantu aku untuk menambah nilai diri, nilai kepada ummah, dan juga nilai pendapatan diri dan umumnya untuk keluarga ini", itu doa saya. Laju jari menskrol page fb melihat konten yang dikongsikan oleh seorang hamba Allah. Lantas mata tertancap pada satu istilah yang baharu bagi saya, "kod khalifah". Setiap orang ada kod khalifah tersendiri dan unik yang Allah SWT berikan kepadanya. Sesuailah dengan satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, setiap daripada kita ialah pemimpin. Paling tidak, kita ialah pemimpin kepada diri send...

Unpopular Opinion: Cinta Selepas Kahwin

Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih  kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating?  Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku 😭” Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin .  Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita.  BUKAN sama sekali BUKAN.       Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...