Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Kisah Tiga 'Dia'

Di satu sudut itu, Ada seorang lelaki dewasa yang lancar jalan hidupnya, Lulus cemerlang pengajian pra-universitinya, Masuk ke universiti dengan kursus idamannya, Masuk dunia kerjaya dijamin jawatannya. Kemudian bertemu pula dengan si dia, Si buah hati, pengarang jantungnya, Alhamdulillah, mudah mereka bersatu dalam lancar sebaris akad. Masa berganti masa, Mereka masih begitu sebagai pasangan yang masih mabuk bercinta, Janji untuk bersama selamanya. Biar tangis si manja belum memecah ruang selesa rumah mereka, Mereka tetap sabar, tabah menanti penuh harap, Kehadiran zuriat penyambung legasi cinta mereka berdua. Di satu sudut yang lain pula, Ada seorang gadis yang biasa-biasa sahaja, Semuanya berkenaan dengan dia sederhana, Ketika dalam tempoh pra-universitinya, Ingin benar dia kursus itu, Tapi nyata itu bukan rezeki dia, Tak mengapalah dia redha, Berbekalkan nasihat, semangat dan keazaman, Dia teruskan perjalanan seperti yang Tuhan ma...