Skip to main content

Kisah Tiga 'Dia'


Di satu sudut itu,
Ada seorang lelaki dewasa yang lancar jalan hidupnya,
Lulus cemerlang pengajian pra-universitinya,
Masuk ke universiti dengan kursus idamannya,
Masuk dunia kerjaya dijamin jawatannya.

Kemudian bertemu pula dengan si dia,
Si buah hati, pengarang jantungnya,
Alhamdulillah, mudah mereka bersatu dalam lancar sebaris akad.
Masa berganti masa,
Mereka masih begitu sebagai pasangan yang masih mabuk bercinta,
Janji untuk bersama selamanya.
Biar tangis si manja belum memecah ruang selesa rumah mereka,
Mereka tetap sabar, tabah menanti penuh harap,
Kehadiran zuriat penyambung legasi cinta mereka berdua.


Di satu sudut yang lain pula,
Ada seorang gadis yang biasa-biasa sahaja,
Semuanya berkenaan dengan dia sederhana,
Ketika dalam tempoh pra-universitinya,
Ingin benar dia kursus itu,
Tapi nyata itu bukan rezeki dia,
Tak mengapalah dia redha,
Berbekalkan nasihat, semangat dan keazaman,
Dia teruskan perjalanan seperti yang Tuhan mahukan.

Masa berputar laju,
Empat tahun di menara ilmu,
Akhirnya berhasil dia mendapatkan sehelai kertas itu,
Sehelai kertas yang memperakui bahawa dia kini lulusan universiti,
Tidaklah sampai mendapat anugerah tertinggi,
Tetapi sungguh inilah bukti ketekunan dan teguh jati diri,
Dia lakukan dalam acuannya tersendiri,
Diusahakan semampu diri.

Kini tiba dia di alam kerjaya,
Sungguh rezeki itu aturan-Nya,
Dia kira dapat kerja biasa-biasa sajalah,
Tapi tak sangka tawarannya sungguh luar biasa!
Alhamdulillah puji dan puja hanya kepada-Nya.

Cuma kini…
Masih ada cuma rupanya,
Hai, fitrah dirilah!
Tercari-cari dia,
Sebenarnya dia ini tulang rusuk siapa?
Persoalan di situ…
Rahsia akan kekal rahsia,
Hanya akan terbuka apabila tiba masanya.


Dia yang satu ini pula,
Sepertinya baru saja memulakan perjalanannya,
Tika itu, Rabbnya menguji…
Nyata tak mudah rupanya untuk tangani!
Dia pelajar contoh di sekolah integrasi.
Intan terpilih di sekolah berprestasi tinggi.
Di menara gading…
Kursus itu yang terbaik untuk dia rupanya.
Bukan yang dia hajatkan sangat itu!
Moga kau menjadi raja kepada dirimu sendiri,
Kerana sungguh hidup ini,
Tak maju dipuji dan tak mati dek keji.


********

Ini pedoman daripada kisah tiga ‘dia’
Setiap daripada kita ada ujiannya,
Diuji dalam gelanggang hidup tersendiri,
Moga kita tidak akan pernah hanyut dengan arus ujian ini,
Malah arus ini menjadikan kita lebih kuat dan bersedia,


Dan sungguh aku rindu,
Saat terjatuh ‘dipeluk’-Mu :’)


081116
Waktu Subuh Nan Indah


Comments

Popular posts from this blog

"Sains Bioperubatan, kerja apa ya nanti?"

Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya. Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap...

Kod Khalifah Kamu Apa?

       Dua tiga hari ini, atau lebih tepat lagi sudah lama perkara ini bersarang di hati (mungkin selama ini dalam keadaan "in denial state" ), saya sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. "Kenapa? Sekarang saya tidak cukup baikkah? Ya, saya berasa "selesa". Selesa dalam ruang lingkup saya sendiri. Saya sedar perkara ini tidak baik untuk saya," diam-diam jiwa ini merintih. "Ya Allah bantu aku untuk menambah nilai diri, nilai kepada ummah, dan juga nilai pendapatan diri dan umumnya untuk keluarga ini", itu doa saya. Laju jari menskrol page fb melihat konten yang dikongsikan oleh seorang hamba Allah. Lantas mata tertancap pada satu istilah yang baharu bagi saya, "kod khalifah". Setiap orang ada kod khalifah tersendiri dan unik yang Allah SWT berikan kepadanya. Sesuailah dengan satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, setiap daripada kita ialah pemimpin. Paling tidak, kita ialah pemimpin kepada diri send...

Unpopular Opinion: Cinta Selepas Kahwin

Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih  kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating?  Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku 😭” Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin .  Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita.  BUKAN sama sekali BUKAN.       Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...