Sebelum saya tertarik membaca novel ini, saya terlebih dahulu telah menonton telefilem ini di YouTube. Adik saya telah kongsikan pautan telefilem ini untuk saya tontoni. Niatnya dia adalah untuk memberikan motivasi kepada saya. Ternyata telefilem ini sememangnya menarik perhatian saya. Telefilem ini mengisahkan seorang perempuan, Zahrana yang tegas dengan pendiriannya untuk mengejar cita-cita beliau dalam dunia akademik, tetapi apabila tiba masanya beliau sangat perlu dan ingin menikah, jodoh yang bersesuaian pula tidak kunjung tiba sedangkan usia sudah menjangkau 30-an. Maka, bermulalah konflik dan dilemanya di situ. Seingat saya, saya menonton telefilem ini pada tahun 2016, semasa saya belum pun lagi menikah. Dua minggu lepas saya tertarik untuk membaca novel ini, walaupun telah lama saya sedar keberadaan novel ini pada deretan buku di atas rak buku di rumah mentua saya. Sungguh karya Habiburrahman El-Shirazy ini sememangnya layak digelar karya pembangun jiwa. Watak ...
Menulis untuk mendidik diri, bonus lagi dapat memberi inspirasi...