Banyak hal yang berlaku kepada saya malah juga keluarga. Dalam keriangan dan kesyukuran menyambut Syawal yang akhirnya tahun ini, tahun 2022 kita semua kembali dapat menyambut seperti biasa, seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda hinggalah ke hari ini Syawal bakal melabuhkan tirainya, hal ini masih mengganggu diri saya. Putus cinta mungkin perkara biasa, hatta putus tunang sekalipun. Yang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula hubungan yang tiada sebarang ikatan yang sah di sisi agama mahupun undang-undang. Ungkapan ini kita biasa dengar bukan? Kebalikannya kali ini, hal putus ikatan ini terjadi kepada ahli keluarga saya yang terdekat, sangat dekat bagi saya, iaitu adik saya. Cubit peha kanan, peha kiri terasa. Inilah situasi yang tepat untuk menggambarkan keadaan saya. Entah, saya selalu begitu dengan adik beradik saya. Mungkin sekali kerana saya seorang perempuan, nalurinya lebih halus lebih sensitif apatah lagi dalam hal-hal yang sebegini...
Menulis untuk mendidik diri, bonus lagi dapat memberi inspirasi...