Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Sentiasa ada sebab untuk kita bersyukur...

Waktu lewat petang pulang dari kerja... Melewati bangunan-bangunan besar di tengah kota, membelah jalan yang berpusu-pusu dengan kenderaan manusia. Aku teringat akan satu masa... Tiga sahabat sedang berbicara, "Pah, kau nikah bila?, tanya Hanan sebaik sahaja tahu yg bahawa sahabatnya itu sudah menjadi tunangan orang. "Insya-Allah, bulan empat ni. Perkenalan yang amat singkat, berhubungan serius dan bertunang pada bulan satu, akhirnya putuskan bulan empat menikah", jawab Pah dengan senyuman merekah, lagi bernada tenang. Jadi, Hanan tertanya-tanya. "Kenapa ya, aku [atau lebih tepat lagi, kami (aku dan tunang)] ambil masa agak lama untuk kami langsungkan pernikahan, sedangkan bertunangnya hujung tahun lepas," hati tertanya-tanya sendiri. Seorang lagi sahabat, Amna berkata, "perkenalan singkat, kalau dah jodohkan, akan dipermudahkan segalanya". Kini, sambil berjalan pulang dari kerja, dengan kudrat yang masih berbaki, dengan longlai yang sungguh ...

'Larut'lah dalam cinta-Nya

This is really backdated entry. I draft this, at the moment of I must take a big and super important decision in my life. Ok, that's the intro. Haha ;D Berkenaan tajuk di atas, Apa yang kita lakukan apabila kita dilanda masalah atau buntu untuk membuat keputusan? Atau mungkin juga tidak faham akan situasi yang melanda diri? Ambil masa, tenang sebentar... Walaupun sebenarnya payahkan untuk bertenang, tatkala diri dihempap ujian. Tetapi, tetaplah juga untuk cuba bertenang...... Dari situ sebenarnya, dapat membawa kita kembali secara total kepada Tuhan. Kita hamba-Nya. Kita tunaikan solat fardhu, tidak kurang juga dengan membaca al-Qur'an (kalau tidak selalu pun, tapi mesti adakan). Jadi, kenapa apabila ujian menerpa, kita jadi tidak tentu arah? Nak ke depan pun tak tahu, nak ke belakang lagi tak tentu. Maka dari itu sedarlah, pilihlah untuk terus 'larut' dalam cinta-Nya. Jadikanlah ujian ini sebagai medium atau jalan untuk kita lebih 'tunduk' kepa...