Skip to main content

Sentiasa ada sebab untuk kita bersyukur...


Waktu lewat petang pulang dari kerja...

Melewati bangunan-bangunan besar di tengah kota, membelah jalan yang berpusu-pusu dengan kenderaan manusia.

Aku teringat akan satu masa...

Tiga sahabat sedang berbicara, "Pah, kau nikah bila?, tanya Hanan sebaik sahaja tahu yg bahawa sahabatnya itu sudah menjadi tunangan orang. "Insya-Allah, bulan empat ni. Perkenalan yang amat singkat, berhubungan serius dan bertunang pada bulan satu, akhirnya putuskan bulan empat menikah", jawab Pah dengan senyuman merekah, lagi bernada tenang. Jadi, Hanan tertanya-tanya. "Kenapa ya, aku [atau lebih tepat lagi, kami (aku dan tunang)] ambil masa agak lama untuk kami langsungkan pernikahan, sedangkan bertunangnya hujung tahun lepas," hati tertanya-tanya sendiri. Seorang lagi sahabat, Amna berkata, "perkenalan singkat, kalau dah jodohkan, akan dipermudahkan segalanya".

Kini, sambil berjalan pulang dari kerja, dengan kudrat yang masih berbaki, dengan longlai yang sungguh terasa...nah aku sedar, inilah hikmahnya! kenapa Allah dorongkan jalan kau akan bernikah pada  bulan kemerdekaan, ya bulan lapan!

Aku sedang berjuang dengan pekerjaan aku. Sebagai editor muda, banyak perkara yang masih cuba aku hadam, dalam tempoh hampir dua tahun genap tempoh perkhidmatan. Sedang mengusahakan dengan giatnya satu projek yang Insya-Allah berimpak hebat, sudah tentu memaksa aku memerah keringat bukan sahaja tenaga, malah keintelektualan diri sehabis-habisnya. Moga Allah reda, moga pekerjaan ini sungguh dikira sebagai ibadat di sisi-Nya.

Baiknya Allah, rupanya Dia sedang melatih aku, bagaimana untuk membiasakan tugas dan tanggungjawab di tempat kerja agar apabila berumah tangga nanti, tidak kelam kabut jadinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih kerana sungguh aku sedar, sentiasa ada sebab untuk aku bersyukur ke hadrat-Mu :')





Baju ini, ada kisahnya tersendiri 30 tahun lalu. Kini pada 25.12.2016 baju ini melakar lagi kisah baharu, untuk diabadikan sepanjang waktu, Insya-Allah :) 

Comments

Popular posts from this blog

"Sains Bioperubatan, kerja apa ya nanti?"

Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya. Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap...

Kod Khalifah Kamu Apa?

       Dua tiga hari ini, atau lebih tepat lagi sudah lama perkara ini bersarang di hati (mungkin selama ini dalam keadaan "in denial state" ), saya sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. "Kenapa? Sekarang saya tidak cukup baikkah? Ya, saya berasa "selesa". Selesa dalam ruang lingkup saya sendiri. Saya sedar perkara ini tidak baik untuk saya," diam-diam jiwa ini merintih. "Ya Allah bantu aku untuk menambah nilai diri, nilai kepada ummah, dan juga nilai pendapatan diri dan umumnya untuk keluarga ini", itu doa saya. Laju jari menskrol page fb melihat konten yang dikongsikan oleh seorang hamba Allah. Lantas mata tertancap pada satu istilah yang baharu bagi saya, "kod khalifah". Setiap orang ada kod khalifah tersendiri dan unik yang Allah SWT berikan kepadanya. Sesuailah dengan satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, setiap daripada kita ialah pemimpin. Paling tidak, kita ialah pemimpin kepada diri send...

Unpopular Opinion: Cinta Selepas Kahwin

Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih  kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating?  Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku 😭” Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin .  Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita.  BUKAN sama sekali BUKAN.       Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...