This is really backdated entry. I draft this, at the moment of I must take a big and super important decision in my life. Ok, that's the intro. Haha ;D
Berkenaan tajuk di atas,
Apa yang kita lakukan apabila kita dilanda masalah atau buntu untuk membuat keputusan? Atau mungkin juga tidak faham akan situasi yang melanda diri?
Ambil masa, tenang sebentar...
Walaupun sebenarnya payahkan untuk bertenang, tatkala diri dihempap ujian.
Tetapi, tetaplah juga untuk cuba bertenang......
Dari situ sebenarnya, dapat membawa kita kembali secara total kepada Tuhan.
Kita hamba-Nya. Kita tunaikan solat fardhu, tidak kurang juga dengan membaca al-Qur'an (kalau tidak selalu pun, tapi mesti adakan). Jadi, kenapa apabila ujian menerpa, kita jadi tidak tentu arah? Nak ke depan pun tak tahu, nak ke belakang lagi tak tentu.
Maka dari itu sedarlah, pilihlah untuk terus 'larut' dalam cinta-Nya.
Jadikanlah ujian ini sebagai medium atau jalan untuk kita lebih 'tunduk' kepada-Nya.
Semak diri kembali, kalau sebelum ini kita....
1- Solat, tetapi kali ini solatlah dengan lebih khusyuk. Panjangkan munajat kita dalam sujud. Ketika mana dalam posisi sujud inilah, kita (hamba) sangat hampir dengan pencipta kita, iaitu Allah yang Maha Kuasa.
"Sesiapa yang sedang memperbaiki solatnya, maka dia sedang memperbaiki
kehidupannya"
2- Baca al-Qur'an, tetapi kali ini baca dan fahamilah maknanya. Bukankah ada ahli hikmah yang mengatakan, "sekiranya kamu ingin berbicara dengan Allah, maka solatlah, dan sekiranya kamu ingin Tuhan berbicara denganmu, maka bacalah al-Qur'an ".
"Cubalah, apabila kamu membuka lembaran al-Qur'an, dan mata kamu tertancap pada sepotong ayat cinta-Nya, kamu akan dapati ayat itu amat 'kena' dengan situasimu.
Lalu, itulah bicara-Nya terhadap kamu" :)
3- Berdoa, tetapi kali ini perhebatkan lagi doa itu (supersized your du'a). Doa yang sangat mustajab ialah doa yang diambil daripada al-Qur'an, kerana doa ini telah dikabulkan Allah sebelum ini, iaitu doa-doa daripada para anbiya. Tentang bangun malam untuk berdoa pula, mungkin tidak semua daripada kita dapat atau mampu bangun pada 1/3 malam, tetapi setiap daripada kita solat fardhukan? Nah, antara doa yang sangat mustajab, ialah doa selepas solat fardhu. Baikkan Allah, begitu kasih-Nya Dia kepada kita ^_^
"Doa ialah senjata yang ampuh"
Dalam kita berasa susah atau sukar, tetaplah bersyukur,(eh...rasa susah pun kena bersyukur...tak faham!) Ya, tetaplah bersyukur! kerana apa? kerana dalam kita rasa susah, ada orang diuji dengan lebih dahsyat lagi. Malah, dalam rasa susah tu, cubalah untuk melihat ke luar, mungkin ada yang dapat kita bantu, paling tidak pun kita dapat doakan mereka yang dalam kesusahan. Boleh jadi dengan membantu orang lain itu, akan terangkat kesusahan yang kita tanggung, akan lebih legalah perasaan.
Akhir kata, pilihlah untuk terus 'larut' dalam cinta-Nya :)
Berkenaan tajuk di atas,
Apa yang kita lakukan apabila kita dilanda masalah atau buntu untuk membuat keputusan? Atau mungkin juga tidak faham akan situasi yang melanda diri?
Ambil masa, tenang sebentar...
Walaupun sebenarnya payahkan untuk bertenang, tatkala diri dihempap ujian.
Tetapi, tetaplah juga untuk cuba bertenang......
Dari situ sebenarnya, dapat membawa kita kembali secara total kepada Tuhan.
Kita hamba-Nya. Kita tunaikan solat fardhu, tidak kurang juga dengan membaca al-Qur'an (kalau tidak selalu pun, tapi mesti adakan). Jadi, kenapa apabila ujian menerpa, kita jadi tidak tentu arah? Nak ke depan pun tak tahu, nak ke belakang lagi tak tentu.
Maka dari itu sedarlah, pilihlah untuk terus 'larut' dalam cinta-Nya.
Jadikanlah ujian ini sebagai medium atau jalan untuk kita lebih 'tunduk' kepada-Nya.
Semak diri kembali, kalau sebelum ini kita....
1- Solat, tetapi kali ini solatlah dengan lebih khusyuk. Panjangkan munajat kita dalam sujud. Ketika mana dalam posisi sujud inilah, kita (hamba) sangat hampir dengan pencipta kita, iaitu Allah yang Maha Kuasa.
"Sesiapa yang sedang memperbaiki solatnya, maka dia sedang memperbaiki
kehidupannya"
2- Baca al-Qur'an, tetapi kali ini baca dan fahamilah maknanya. Bukankah ada ahli hikmah yang mengatakan, "sekiranya kamu ingin berbicara dengan Allah, maka solatlah, dan sekiranya kamu ingin Tuhan berbicara denganmu, maka bacalah al-Qur'an ".
"Cubalah, apabila kamu membuka lembaran al-Qur'an, dan mata kamu tertancap pada sepotong ayat cinta-Nya, kamu akan dapati ayat itu amat 'kena' dengan situasimu.
Lalu, itulah bicara-Nya terhadap kamu" :)
3- Berdoa, tetapi kali ini perhebatkan lagi doa itu (supersized your du'a). Doa yang sangat mustajab ialah doa yang diambil daripada al-Qur'an, kerana doa ini telah dikabulkan Allah sebelum ini, iaitu doa-doa daripada para anbiya. Tentang bangun malam untuk berdoa pula, mungkin tidak semua daripada kita dapat atau mampu bangun pada 1/3 malam, tetapi setiap daripada kita solat fardhukan? Nah, antara doa yang sangat mustajab, ialah doa selepas solat fardhu. Baikkan Allah, begitu kasih-Nya Dia kepada kita ^_^
"Doa ialah senjata yang ampuh"
Dalam kita berasa susah atau sukar, tetaplah bersyukur,
Akhir kata, pilihlah untuk terus 'larut' dalam cinta-Nya :)

Comments
Post a Comment