Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Harapan Ramadan Kali Ini...

Alhamdulillah, Salam 6 Ramadan 1438H semua, 😃 Moga kita terus diberikan kekuatan untuk menjalani ibadat dalam bulan yang mulia ini. Insya-Allah, Aamiin... Sebelum datangnya Ramadan lagi, dalam fikiran saya sudah siap merancang/berkira-kira senarai doa/harapan yang ingin saya panjatkan kepada Tuhan. Ya, sentiasa ada. Every year in and out, everytime Ramadan comes, I made a list of special du'a, take opportunity in this special holy month where Allah answer all prayers. ☺️ Ramadan kali ini, ingin saya manfaatkan kuasa doa sehebat-hebatnya untuk memohon apa yang saya hajatkan untuk kini dan masa hadapan. 1- Ya Allah, jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang sentiasa bersyukur. Sungguh saya sedar bahagia itu hanya ada pada hati yang bersyukur. 2- I must include this in my du'a too. This is serious and main stuff, bukan sampingan! Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam melaksanakan amanah sebagai editor. Nyata ini profesion mencabar! Hampir (Oh, bukan hampir lagi, hari ini ...

Anda pernah rasa...?

Alhamdulillah, Salam 4 Ramadan 1438H semua, 😃 Moga kita mampu manfaatkan bulan Ramadan yang mulia ini untuk jadikan diri kita hamba yang lebih baik kepada-Nya. Insya-Allah. Aamiin... Saya ingin berkongsi/bertanya anda semua. Pernah atau tidak anda merasakan di dunia maya anda kenal seseorang ini. Ya, hanya di dunia maya! Anda kagumi dia. Kata-kata baik dia, pengalamannya yang dia gunakan untuk beri pedoman kepada orang lain. Kejayaan dia dalam kerjayanya, minatnya yang mendalam dalam apa yang dia lakukan. Sungguh buat anda terpesona! Tapi tidak setakat itu sahaja! Anda  turut ingin cari tahu kehidupan peribadinya. Bukan niat untuk kepoh, tapi lebih empati di situ. Inilah yang terjadi kepada saya. Dia yang menarik perhatian saya itu, ada kenangan silamnya sendiri. Suatu cinta yang putus di tengah jalan, suatu harapan yang tidak kesampaian. Mungkin juga suatu kesunyian yang dia sentiasa usung hingga kini. Adakah dia benar-benar baik-baik saja selepas lalui semua ini? Saya tert...