Skip to main content

Harapan Ramadan Kali Ini...

Alhamdulillah,
Salam 6 Ramadan 1438H semua, 😃

Moga kita terus diberikan kekuatan untuk menjalani ibadat dalam bulan yang mulia ini. Insya-Allah, Aamiin...

Sebelum datangnya Ramadan lagi, dalam fikiran saya sudah siap merancang/berkira-kira senarai doa/harapan yang ingin saya panjatkan kepada Tuhan. Ya, sentiasa ada. Every year in and out, everytime Ramadan comes, I made a list of special du'a, take opportunity in this special holy month where Allah answer all prayers. ☺️

Ramadan kali ini, ingin saya manfaatkan kuasa doa sehebat-hebatnya untuk memohon apa yang saya hajatkan untuk kini dan masa hadapan.

1- Ya Allah, jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang sentiasa bersyukur. Sungguh saya sedar bahagia itu hanya ada pada hati yang bersyukur.

2- I must include this in my du'a too. This is serious and main stuff, bukan sampingan! Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam melaksanakan amanah sebagai editor. Nyata ini profesion mencabar! Hampir (Oh, bukan hampir lagi, hari ini genap 2 tahun saya bekerja sebagai editor!) Alhamdulillah.  Dan cabarannya kian terasa...O'Allah please guide me *full of hope*

3- Saya sentiasa fikirkan perkara ini. Macam ada perkara yang tidak selesai selagi saya tidak capai. I'm an avid reader! I really want to be a writer too! O'Allah please drive me about this desire and dream. Sungguh semua daya dan upaya itu datang dari-Mu. Ada banyak inspirasi untuk kenapa saya​ perlu menulis. Yang perlu saya tinggalkan ialah "beralasan"!

4- Akhir sekali, tapi tidak kurang pentingnya. Ya Allah, bimbing aku untuk menjadi isteri solehah. Saya fikir untuk solehah itu perlu sabar dan syukur. Bantu aku ya Allah...

Paling penting untuk perbaiki kehidupan ini seluruhnya, bantu aku ya Allah untuk​ perbaiki solatku. Bantu aku ya Allah untuk segala-galanya. Tiadalah daya dan upaya aku melainkan dengan pertolongan-Mu.

Ramadan datang membawa sejuta harapan,
Ayuh insan rebutlah peluang,
Dampingi Tuhanmu,
Moga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Insya-Allah, moga-moga Tuhan kabulkan.

-Di waktu Subuh nan indah-

Comments

Popular posts from this blog

"Sains Bioperubatan, kerja apa ya nanti?"

Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya. Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap...

Kod Khalifah Kamu Apa?

       Dua tiga hari ini, atau lebih tepat lagi sudah lama perkara ini bersarang di hati (mungkin selama ini dalam keadaan "in denial state" ), saya sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. "Kenapa? Sekarang saya tidak cukup baikkah? Ya, saya berasa "selesa". Selesa dalam ruang lingkup saya sendiri. Saya sedar perkara ini tidak baik untuk saya," diam-diam jiwa ini merintih. "Ya Allah bantu aku untuk menambah nilai diri, nilai kepada ummah, dan juga nilai pendapatan diri dan umumnya untuk keluarga ini", itu doa saya. Laju jari menskrol page fb melihat konten yang dikongsikan oleh seorang hamba Allah. Lantas mata tertancap pada satu istilah yang baharu bagi saya, "kod khalifah". Setiap orang ada kod khalifah tersendiri dan unik yang Allah SWT berikan kepadanya. Sesuailah dengan satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, setiap daripada kita ialah pemimpin. Paling tidak, kita ialah pemimpin kepada diri send...

Unpopular Opinion: Cinta Selepas Kahwin

Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih  kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating?  Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku 😭” Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin .  Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita.  BUKAN sama sekali BUKAN.       Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...