Skip to main content

Anda pernah rasa...?

Alhamdulillah, Salam 4 Ramadan 1438H semua, 😃

Moga kita mampu manfaatkan bulan Ramadan yang mulia ini untuk jadikan diri kita hamba yang lebih baik kepada-Nya. Insya-Allah. Aamiin...

Saya ingin berkongsi/bertanya anda semua. Pernah atau tidak anda merasakan di dunia maya anda kenal seseorang ini. Ya, hanya di dunia maya! Anda kagumi dia. Kata-kata baik dia, pengalamannya yang dia gunakan untuk beri pedoman kepada orang lain. Kejayaan dia dalam kerjayanya, minatnya yang mendalam dalam apa yang dia lakukan. Sungguh buat anda terpesona!

Tapi tidak setakat itu sahaja! Anda  turut ingin cari tahu kehidupan peribadinya. Bukan niat untuk kepoh, tapi lebih empati di situ. Inilah yang terjadi kepada saya. Dia yang menarik perhatian saya itu, ada kenangan silamnya sendiri. Suatu cinta yang putus di tengah jalan, suatu harapan yang tidak kesampaian. Mungkin juga suatu kesunyian yang dia sentiasa usung hingga kini. Adakah dia benar-benar baik-baik saja selepas lalui semua ini? Saya tertanya juga sendiri, how can person like him being left by someone that he love? :(

Tapi sungguhlah bijak pandai berkata, pengalaman itu yang membina siapa kita kini. Saya setuju dengan kata-kata ini. Kalau tidak masakan dia mampu menjadi orang yang sangat menginspirasikan!

Doc. I hope you're really fine. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa melimpahi kehidupan Doc. Sungguh Allah itu Maha Merancang dan sebaik-baik yang meletakkan takdir. Moga di suatu masa yang indah nanti, cinta datang lagi dalam kehidupan Doc., dan kali ini lebih melimpah bahagianya, kerana si dia yang membawa cinta kali ini, membawa cinta yang berpaksi Ilahi, membawa Doc lebih dekat dan akrab kepada cinta-Nya. DIA yang pemilik segala cinta.

Sungguhlah cinta manusia itu tidak kekal, kerana hati manusia itu sendiri sifatnya berbolak-balik. Jadi bagaimana caranya untuk kita menyintai/menyayangi? Caranya tidak lain dan tidak bukan, dengan meletakkan cinta Allah Azza wa Jalla sebagai yang terutama. Sentiasa... kerana cinta-Nya tidak pernah berpenghujung, tidak akan pernah habis. Pesanan buat diri ini yang mula menyambut cinta manusia dalam perjalanan merealisasikan sebuah pernikahan. Gementar rasa. Moga Allah sentiasa jaga kita (saya dan dia) yang bertemu hanya kerana-Nya.

Insya-Allah, moga-moga. Ini harapan...Pohon Allah kabulkan, untuk saya dan awak, untuk Doc., dan untuk semua insan di muka bumi Tuhan.

Aamiin...


Comments

Popular posts from this blog

"Sains Bioperubatan, kerja apa ya nanti?"

Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya. Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap...

Kod Khalifah Kamu Apa?

       Dua tiga hari ini, atau lebih tepat lagi sudah lama perkara ini bersarang di hati (mungkin selama ini dalam keadaan "in denial state" ), saya sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. "Kenapa? Sekarang saya tidak cukup baikkah? Ya, saya berasa "selesa". Selesa dalam ruang lingkup saya sendiri. Saya sedar perkara ini tidak baik untuk saya," diam-diam jiwa ini merintih. "Ya Allah bantu aku untuk menambah nilai diri, nilai kepada ummah, dan juga nilai pendapatan diri dan umumnya untuk keluarga ini", itu doa saya. Laju jari menskrol page fb melihat konten yang dikongsikan oleh seorang hamba Allah. Lantas mata tertancap pada satu istilah yang baharu bagi saya, "kod khalifah". Setiap orang ada kod khalifah tersendiri dan unik yang Allah SWT berikan kepadanya. Sesuailah dengan satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, setiap daripada kita ialah pemimpin. Paling tidak, kita ialah pemimpin kepada diri send...

Unpopular Opinion: Cinta Selepas Kahwin

Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih  kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating?  Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku 😭” Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin .  Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita.  BUKAN sama sekali BUKAN.       Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...