Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

"Sains Bioperubatan, kerja apa ya nanti?"

Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya. Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap...

Pendahuluan: Sebuah Pengalaman Diri (Warna-warni Kehidupan)

Assalamualaikum semua, Post ini merupakan satu pendahuluan kepada penceritaan sebuah pengalaman hidup insan biasa seperti saya. Mungkin biasa-biasa saja jika nak dibandingkan dengan pengalaman orang lain. Namun, saya ingin coretkannya di sini kerana kisah ini berbekas di hati. Setiap post mengenai kisah pengalaman diri, saya akan labelkannya dengan #impianbukupertama. Moga-moga perkongsian saya ini dapat mengingatkan diri saya untuk bersyukur dengan siapa saya kini dan sebagai katalis semangat untuk saya menjadi yang lebih baik lagi. InsyaAllah. Sekiranya kisah ini mampu mencuit sedikit rasa pada orang lain, moga-moga itu hanyalah untuk kebaikan semata-mata. InsyaAllah.

Biar Sebentar, tetapi Bermakna

Assalamualaikum semua, Lamanya saya tidak menulis di sini, sedangkan saya sudahpun mengalami 360 darjah perubahan hidup (alhamdulillah for everything ya Allah ;)) Alhamdulillah, semalam saya telah dipilih Allah untuk menghadiri majlis ilmu, perkongsian ilmiah oleh Prof. Datuk Dr. Harlina Siraj, salah seorang Lembaga Pengelola DBP. Tajuknya, Bagaimana Menangani Stres? Prof. Har sememangnya seorang yang bijak dan "berisi" penyampaiannya. Saya tergambar-gambar juga dalam fikiran, apa agaknya perkongsian yang akan Prof. Har bawakan? Berbanding membincangkan senarai yang perlu dilakukan dalam menangani stres, Prof. Har bawa kami semua (para pendengar ceramah beliau) untuk mendepani stres tersebut. Kita dalam keadaan stres apabila ingin kekal dalam comfort zone sendiri, tetapi dipaksa keluar dari comfort zone tersebut, maka beradalah kita dalam fear zone yang membawa kepada stres   . Apa yang perlu kita lakukan? We need to deal with the challenges/stress . Hanya dengan i...