Assalamualaikum semua,
Lamanya saya tidak menulis di sini, sedangkan saya sudahpun mengalami 360 darjah perubahan hidup (alhamdulillah for everything ya Allah ;))
Alhamdulillah, semalam saya telah dipilih Allah untuk menghadiri majlis ilmu, perkongsian ilmiah oleh Prof. Datuk Dr. Harlina Siraj, salah seorang Lembaga Pengelola DBP. Tajuknya, Bagaimana Menangani Stres?
Prof. Har sememangnya seorang yang bijak dan "berisi" penyampaiannya. Saya tergambar-gambar juga dalam fikiran, apa agaknya perkongsian yang akan Prof. Har bawakan? Berbanding membincangkan senarai yang perlu dilakukan dalam menangani stres, Prof. Har bawa kami semua (para pendengar ceramah beliau) untuk mendepani stres tersebut. Kita dalam keadaan stres apabila ingin kekal dalam comfort zone sendiri, tetapi dipaksa keluar dari comfort zone tersebut, maka beradalah kita dalam fear zone yang membawa kepada stres . Apa yang perlu kita lakukan? We need to deal with the challenges/stress. Hanya dengan itu kita akan berada dalam learning zone, dan lebih hebat lagi akhirnya kita akan berada dalam growth zone.
Maha Suci Allah yang sentiasa memberikan kebaikan buat hamba-Nya. Perkongsian Prof. Har ini sangat "kena" dengan saya. Di pejabat, saya menerima cabaran untuk hasilkan 1 manuskrip bersih ensiklopedia untuk diterbitkam (so, I have being pushed out from my comfort zone). Itu kisahnya di pejabat.
Bukan sahaja menyentuh hal dalam mendepani stres/cabaran, dalam perkongsiannya juga Prof. Har ada menyentuh isu isteri dan mentua. Prof. Har's sharing have enlightened me that I am the seventh in hierarchy of my husband priority. Saya tak tahulah tentang isteri-isteri lain di luar sana, tetapi saya secara peribadinya telah ditakdirkan oleh Allah, dijadikan-Nya isu yang satu inilah menjadi stres/cabaran yang hebat bagi saya. Walau bagaimanapun, alhamdulillah saya fikir saya mula belajar dan mula lebih mengahadam hakikat ini, lebih-lebih lagi Allah telah hantarkan Prof. Har sendiri, seorang yang saya kagumi untuk menekankan dan memberi pencerahan yang lebih lagi akan hal ini ( keep remind yourself Hidayah, that you're no. 7! 😆🙃)
Selain daripada itu, Prof. Har juga ada menyentuh tentang cara kita berkomunikasi. Jadilah seorang yang mampu berkomunikasi secara asertif. Saya fikir saya mula mengenali perkataan "asertif" semasa dalam tingkatan 3 di sekolah. Asertif ini ideal, di tengah-tengah antara agresif dan pasif. Sekiranya kita berkomunikasi secara agresif, kita menzalimi orang lain dan mungkin sekali orang mudah membenci kita. Tetapi sekiranya kita berkomunikasi secara pasif, kita akan acap kali menjadi mangsa buli orang lain. Jadilah seorang yang asertif dalam komunikasi, kita menjaga hak kita di samping menjaga hak orang lain (win-win situation). Awal saya faham maksud asertif ini ialah keupayaan untuk berkata tidak. (If you think it's good, say "yes" if not, you must simply say "no").
Saya berdoa agar pesanan dan perkongsian Prof. Har ini terus berbekas di hati saya dan menjadi amalan dalam hidup saya. InsyaAllah, Aamiin.
Apa-apa yang baik kalian ambillah buat pedoman, apa-apa yang buruk mohon ditinggalkan.
Daripada saya yang sentiasa inginkan kebaikan-Nya.

Comments
Post a Comment