Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Patah Hati, Pintu kepada Ketahanan dan Bertumbuh

Meminta semesta untuk berhenti memberikan kita kecewa,    Sama sahaja seperti meminta diri untuk berhenti mendewasa. - Wafa Awla, Perempuan dari Masa Lalu Hidup ini susah, balas dendam ialah cara terbaik. -Fahd Pahdepie, Muda, Berdaya dan Karya Raya   "They tried to bury us. They didn't know we were seeds." -Dino Christianopoulos, the Greek poet   Image credit: pinterest Tujuh bulan menghadapi cabaran. RABAK . Itu satu perkataan yang mungkin sekali tepat  untuk menggambarkan keadaan dan perasaan diri. Mereka gelar diri ini mangsa, Mereka gelar diri ini bernasib buruk, Luka dan bernanahnya perasaan, Siapa sahaja yang menghiraukan. Satu-satunya pertolongan yang diharapkan hanya daripada Allah SWT yang Maha Adil  lagi Maha Berkuasa. Moga terlepaslah diri daripada kesusahan. Moga digantikan dengan kebaikan yang berpanjangan,  malah dicemburui oleh sesiapa sahaja yang mengetahui. Baik di dunia, mahupun di akhirat nanti. Moga hati semalam yang pecah berderai...

Ulasan buku: Muda. Berdaya. KaryaRaya

Assalamualaikum wbt., Salam refleksi diri,  Salam celik mata hati.           Rasanya, ini kali ke-2 saya membaca karya dari Indonesia dengan sepenuh hati selepas kali pertamanya, Cinta Suci Zahrana karya Kang Abik. Malah, saya sifatkan membaca karya ini memberi satu energi pada diri yang telah lama saya tidak rasai, hanya semasa waktu bergelar mahasiswa (lapan tahun yang lalu).           Usai membaca buku ini, saya jadi cemburu...cemburu dengan sosok penulis, Fahd Pahdepie yang sungguh Muda. Berdaya. KaryaRaya.           Buku Muda. Berdaya. KaryaRaya ini ditulis dalam bentuk jurnal menjadikannya bahan bacaan yang santai, namun berisi. Keseluruhan buku ini adalah refleksi diri penulis dalam menjalani pelbagai pengalaman dalam hidupnya. Saya sukakan penulisan seperti ini kerana bagi saya sentiasa ada perkara yang boleh dipelajari daripada pengalaman orang lain. Pengalaman mereka juga mampu meng...