Meminta semesta untuk berhenti memberikan kita kecewa,
Sama sahaja seperti meminta diri untuk berhenti mendewasa.
- Wafa Awla, Perempuan dari Masa Lalu
Hidup ini susah, balas dendam ialah cara terbaik.
-Fahd Pahdepie, Muda, Berdaya dan Karya Raya
"They tried to bury us. They didn't know we were seeds."
-Dino Christianopoulos, the Greek poet
![]() |
Image credit: pinterest |
Tujuh bulan menghadapi cabaran. RABAK. Itu satu perkataan yang mungkin sekali tepat
untuk menggambarkan keadaan dan perasaan diri.
Mereka gelar diri ini mangsa,
Mereka gelar diri ini bernasib buruk,
Luka dan bernanahnya perasaan,
Siapa sahaja yang menghiraukan.
Satu-satunya pertolongan yang diharapkan hanya daripada Allah SWT yang Maha Adil
lagi Maha Berkuasa.
Moga terlepaslah diri daripada kesusahan.
Moga digantikan dengan kebaikan yang berpanjangan,
malah dicemburui oleh sesiapa sahaja yang mengetahui.
Baik di dunia, mahupun di akhirat nanti.
Moga hati semalam yang pecah berderai,
Allah SWT gantikan dengan hati yang baharu,
Yang lebih kuat, tabah dan bersedia untuk bangun menjadi versi terbaik diri,
Agar patah hati ini dapat kuubah jadi prestasi,
Agar segala masalah yang menghempap diri, menjadi "rahmat yang terselindung".
Comments
Post a Comment