Nafas ditarik dalam seraya dihembus perlahan. Melepaskan lelah yang kian terasa di jiwa. Ini baru permulaan, baru di peringkat cerai lampin yang saya sedang usahakan! Fasa kuarantin di rumah untuk kami sekeluarga saya gunakan sebaiknya untuk mengusahakan latihan cerai lampin untuk si puteri sulung, Nuha. Bukan tiga hari sahaja yang diperuntukan, malah tujuh hari! Namun…nampaknya gagal latihan pertama kali ini. Saya tertanya-tanya sendiri…bagaimana agaknya emak dan abah saya menghadapi banyak kekecewaan sepanjang mereka membesarkan saya. Kini, giliran saya. Di sebalik kegagalan ini, jauh di sudut hati saya percaya…lambat atau cepat, Nuha pasti belajar. Dia akan berjaya juga menggunakan tandas sebagai tanda dia mampu berdisiplin dan berdikari dalam menguruskan diri. Saya ingatkan diri untuk berlapang dada sahaja dengan kegagalan ini. Masakan ini baru langkah awal dari beribu-ribu langkah lagi yang bakal dia jalani. Mengenangkan hal ini, pada minggu ini juga saya terlihat dua h...
Menulis untuk mendidik diri, bonus lagi dapat memberi inspirasi...