Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

'Rasa' yang Pelbagai Rasa...

Aku tak tahulah apa yang ‘menimpa’ aku…Ya, pada saat ini, otak aku ligat berfikir. Cuba mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah kehidupan orang lain, tapi adakalanya seperti aku cuba ‘memecah’ masuk sempadan hidupnya. Lalu, buat aku ‘tamak’ ingin tahu segala-galanya tentang sisi hidupnya. Lalu membuatkan aku jadi sesak dada, takut-takut rasa ini bertukar lain pula jadinya. Allah… Aku cuba menilai-nilai mungkin kisah kamu dan aku ada titik sepunyanya. Sebenarnya, aku kagum dengan dirimu. Fikiran aku yang biasa-biasa ini jadi tertanya-tanya, bagaimana seorang yang aku rasa cukup mempersona boleh ditinggalkan oleh ‘dia’ yang kau cintai? Adakah ‘dia’ itu sebenarnya begitu nekad, dan kejam, lalu pergi meninggalkanmu…atau sebenarnya kau yang tersalah dalam menyemai perhubungan?... Semua orang ada kisah hatinya. Seperti mana kamu ada, begitu juga aku. Aneh hati ini ya? Tanpa beri isyarat apa-apa boleh jadi terluka sampai begitu sekali rupanya. Rasa yang aku kir...

Allah Al-Mujib

Al-Mujib berasal daripada perkataan ajaba yang bererti menjawab. Sungguh Allah Maha Menjawab setiap pertanyaan hamba-Nya. Ada masanya kita diuji . Diuji dengan sejauh mana keyakinan terhadap doa yang dipanjatkan, kesungguhan, dan istiqamah dalam berdoa. Teringat saya pesanan seorang ustazah, "dalam berdoa, kita mesti ada sifat tamak, doa segala-galanya yang kita inginkan, dan kunci doa ialah yakin ". Dr. Bilal Philip's pula ada berkata " when you make du'a, pour all your heart " . Saya sendiri sangat sukakan subjek apa yang dikatakan sebagai "doa". Doa itu senjata bagi mukmin, cahaya bagi langit dan bumi. Apabila kita berdoa, berdoalah dengan penuh keyakinan bahawa doa kita akan dikabulkan.  "Setelah berusaha segigih mungkin, maka hujung segala-galanya ialah kembalikan segala urusan kepada Allah. Berdoalah inilah tawakal. Tawakal yang diiringi doa, dan diawali usaha. Inilah tawakal yang sebenar, hujung akal bahar...

Peta Jalan Kehidupan – Hingga saat ini, yang telah Kau Qada’ kan takdirnya untukku :)

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas segala yang dilalui sepanjang tahun 2015 yang lalu. Pelbagai cerita yang dilakarkan. Ada suka, ada duka, ada yang penuh kekeliruan, tapi yang pastinya, akhirnya adalah untuk semata-mata mendewasakan diri ini, untuk membantu diri ini menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi. InsyaAllah :’) Teringat juga saya kepada kata-kata ini, “Ujian itu adalah didikan terus daripada Allah kepada hamba-Nya.” Jadi, moga hati ini tak pernah berhenti untuk terus menggali hikmah daripada setiap apa yang berlaku kepada diri.             Subhanallah, begitu pantas waktu berlalu. Terasa baharu sahaja menamatkan pengajian ijazah pertama saya di UKM. Tetapi hakikatnya, banyak sudah yang saya lalui. Pelbagai ujian, cabaran, dan halangan yang dilalui selepas tamat pengajian dalam usaha mencari pengalaman bekerja.             Bermula dengan kerja di farm...