Alhamdulillah,
bersyukur kepada Allah atas segala yang dilalui sepanjang tahun 2015 yang lalu.
Pelbagai cerita yang dilakarkan. Ada suka, ada duka, ada yang penuh kekeliruan,
tapi yang pastinya, akhirnya adalah untuk semata-mata mendewasakan diri ini,
untuk membantu diri ini menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi. InsyaAllah
:’) Teringat juga saya kepada kata-kata ini, “Ujian itu adalah didikan terus
daripada Allah kepada hamba-Nya.” Jadi, moga hati ini tak pernah berhenti untuk
terus menggali hikmah daripada setiap apa yang berlaku kepada diri.
Subhanallah, begitu pantas waktu
berlalu. Terasa baharu sahaja menamatkan pengajian ijazah pertama saya di UKM.
Tetapi hakikatnya, banyak sudah yang saya lalui. Pelbagai ujian, cabaran, dan
halangan yang dilalui selepas tamat pengajian dalam usaha mencari pengalaman
bekerja.
Bermula dengan kerja di farmasi
komuniti, sebagai pembantu farmasi. Seingat saya lebih kurang seminggu selepas
berkonvokesyen, saya mula bekerja di sini. Saya suka kerja di sini. Ya, sedikit
sebanyak dapat saya praktikkan apa yang saya pelajari dahulu dalam kuliah Farmakologi,
di tahun 2 pengajian J. In fact, I love
Pharmacology! :D
Selepas itu, tak sampai 2 bulan pun
saya bekerja di farmasi, dapat pula panggilan untuk bekerja di sebuah syarikat
logistik, di kawasan perindustrian Seberang Prai, Pulau Pinang. Jelaslah,
tawaran pekerjaan kali ini tidak ada kaitan pun dengan ilmu yang dituntut di
UKM selama 4 tahun. Saya ditawarkan untuk bekerja sebagai Customer Service Officer. Pada masa ini, saya kira tidak sukar
membuat keputusan sama ada untuk terima atau tidak tawaran kerja ini. Yalah,
walaupun tiada kaitan secara teorinya dengan apa yang dipelajari di menara gading,
tapi inilah peluang saya untuk bekerja secara full time, ada slip gaji official
daripada majikan, ada potongan kwsp…you
know all that kind…hahaha ;D, memandangkan di farmasi saya bekerja secara
sambilan ya, dibayar mengikut jam bekerja. Tapi sungguh, saya gembira bekerja
di farmasi, dan sangat menghargai segala peluang, tunjuk ajar, dan segala
kebaikan yang diberikan oleh majikan saya Pak Cik Aziz dan Ummi J. Selesa juga dengan komuniti di
sana, which is pelanggan saya,
komuniti Penanti my beloved borned place,
sempat lagi menyelit… haha ;)).
Jadi, berbekalkan mindset untuk menimba pengalaman kerja
seluas-luasnya, dan mendidik diri untuk menjadi multi-tasking, serba boleh, (tidak terhad kepada bidang yang
dipelajari sahaja), saya pun memulakan pekerjaan di syarikat logistik tersebut.
Alhamdulillah di sana, saya dapat menimba pengalaman bekerja dengan sektor
swasta. Bila orang kata bekerja dengan swasta ni mencabar, ya, saya setuju! Challenging and fun actually. Yaaa…of
course, you must take all the challenges positively, when you take it
positively, only then it’ll be fun to you…if not, it may turns to the other way
around…wise advice right…haha ;D
Selepas 4 bulan lebih pula bekerja
di sana, saya ditakdirkan pula mendapat panggilan bekerja di Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP). Hurmm…tak pernah terbayang pun untuk dapat panggilan untuk
bekerja dengan kerajaan, apatah lagi dalam masa terdekat. Of course sebelum dipanggil untuk bekerja di sini, ada ujian dan
temu duga yang wajib dilalui. (Panjang juga lah, ceritanya dalam phase ni, maybe in next entry). Ada banyak alasan yang kukuh untuk saya
terima panggilan bekerja di sini. Di DBP, saya ditawarkan bekerja dengan skim
pekerjaan yang saya kira lumayanlah jugak dengan ijazah yang saya pegang (compared to my previous job at private
sector yaa). Alhamdulillah, and now
here I am! Dah 6 bulan saya bekerja di DBP ibu pejabat, KL. Oh ya, di DBP saya
bekerja sebagai Perancang Bahasa @ Language
Planner atau jugak bahasa mudahnya sebagai editor ;). Saya di bahagian Ensiklopedia,
diberikan kepercayaan untuk uruskan projek-projek ensiklopedia sains dan
teknologi, memandangkan I come with science
study background, or more precise health science study, Biomedical Science J.
All in all, Alhamdulillah ya Allah
atas segalanya. Hingga saat ini, inilah perjalanan hidup saya. Selamat Datang
2016! Saya tidak tahu apa yang menanti saya untuk tahun 2016, tapi yang saya tahu,
cabaran itu sentiasa ada dan mengharapkan diri ini lebih tabah dan bersedia
menghadapi cabaran! InsyaAllah :) .
That’s all, till we
meet again ;)
Love,
Comments
Post a Comment