Al-Mujib berasal daripada perkataan ajaba yang bererti menjawab. Sungguh Allah Maha Menjawab setiap pertanyaan hamba-Nya.
Ada masanya kita diuji . Diuji dengan sejauh mana keyakinan terhadap doa yang dipanjatkan, kesungguhan, dan istiqamah dalam berdoa. Teringat saya pesanan seorang ustazah, "dalam berdoa, kita mesti ada sifat tamak, doa segala-galanya yang kita inginkan, dan kunci doa ialah yakin". Dr. Bilal Philip's pula ada berkata "when you make du'a, pour all your heart". Saya sendiri sangat sukakan subjek apa yang dikatakan sebagai "doa". Doa itu senjata bagi mukmin, cahaya bagi langit dan bumi.
Apabila kita berdoa, berdoalah dengan penuh keyakinan bahawa doa kita akan dikabulkan.
"Setelah berusaha segigih mungkin, maka hujung segala-galanya ialah kembalikan segala urusan kepada Allah. Berdoalah inilah tawakal. Tawakal yang diiringi doa, dan diawali usaha. Inilah tawakal yang sebenar, hujung akal baharu tawakal" - dipetik daripada buku Mukmin Profesional, Celik Mata Hati.
Maka bersabarlah wahai hati, dalam menanti sehingga tibanya waktu Allah Al-Mujib menjawab segala permintaan dan pertanyaanmu. Teruslah bersangka baik kepada-Nya, kerana Dia telah berkata "sungguh aku mengikut sangkaan hambaku". Sekiranya kita bersangka baik dengan Allah, maka yang baiklah yang kita akan dapat. Malah, Dia akan memberi nikmat yang lebih hebat lagi, menjangkaui apa yang kita minta. Have faith ya, semua! :')
Akhir kata, "Insya-Allah dengan doa dan tawakal, kita yakin, sebaik-baik tadbir akan dibalas dengan sebaik-baik takdir". Moga impian aku dan engkau dikabulkan oleh-Nya. Aamiin... :))
Love,
Hidayah
Comments
Post a Comment