Aku tak tahulah apa
yang ‘menimpa’ aku…Ya, pada saat ini, otak aku ligat berfikir. Cuba mengambil
pengajaran dan iktibar daripada kisah kehidupan orang lain, tapi adakalanya
seperti aku cuba ‘memecah’ masuk sempadan hidupnya. Lalu, buat aku ‘tamak’
ingin tahu segala-galanya tentang sisi hidupnya. Lalu membuatkan aku jadi sesak
dada, takut-takut rasa ini bertukar lain pula jadinya. Allah…
Aku cuba menilai-nilai
mungkin kisah kamu dan aku ada titik sepunyanya. Sebenarnya, aku kagum dengan
dirimu. Fikiran aku yang biasa-biasa ini jadi tertanya-tanya, bagaimana seorang
yang aku rasa cukup mempersona boleh ditinggalkan oleh ‘dia’ yang kau cintai?
Adakah ‘dia’ itu sebenarnya begitu nekad, dan kejam, lalu pergi meninggalkanmu…atau
sebenarnya kau yang tersalah dalam menyemai perhubungan?...
Semua orang ada kisah
hatinya. Seperti mana kamu ada, begitu juga aku. Aneh hati ini ya? Tanpa beri
isyarat apa-apa boleh jadi terluka sampai begitu sekali rupanya. Rasa yang aku
kira biasa-biasa itu sahaja, rupa-rupanya mencengkam jiwa. Ya Allah, sungguh
kami tak mengerti dengan hati ini adakalanya. Tetapi inilah sebenarnya, alarm cinta-Mu yang memanggil kami untuk
lebih dekat dengan-Mu. Kau ingin beri kami rasa nikmatnya, saat ‘jatuh’ dipeluk-Mu.
Ya Allah, mohon diberi
kekuatan kepada hati-hati kami dalam meniti jalan penuh dugaan ini. Pilihlah
kami agar tergolong dalam kalangan hamba-Mu yang berjaya di akhir perjalanan
kami dalam menjalani ujian-Mu. Untuk kamu, aku harap kau baik-baik sahaja ya...
Moga kehidupanmu sentiasa dalam limpahan perlindungan, rahmat dan kasih
sayang-Nya. InsyaAllah, itu doa aku…Doa daripada seseorang yang kau tak pernah
tahu, tapi cukuplah Tuhanmu dan aku menjadi saksinya. Untuk diri ini, moga tabah
menjalani proses tarbiah Ilahi. Kau mesti yakin sedikit masa lagi pastinya
semua akan jelas, jelas dijawab oleh Dia Al-Mujib. Saat itu baru kau tahu,
betapa benar-Nya janji Dia dalam kitab cinta-Nya yang sering kau baca.
Daripada,
Pengemis reda-Mu :’)
6 Jan 2016

Comments
Post a Comment