Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

SABAR, dalam Seputar Hidup Kita

Sungguhlah kehidupan ini semuanya tentang sabar. Ya kan? Sabar dengan apa yang telah pergi, Sabar dengan apa yang dihajatkan... Yang penting teruslah berharap... Kerana sungguh harapan itu yang menghidupkan. Dan sabar orang mukmin itu, bukan bermakna diam tidak proaktif, Tetapi mencetuskan ikhtiar hamba yang masih dalam garis yang dibenarkan Ilahi... Lihat sahaja, peristiwa ketika mana Maryam sakit untuk melahirkan, Sedang menahan sakit seorang diri, tumpang berteduh di bawah pohon tamar, Untuk menenangkan hatinya, Allah mengarahkannya agar menggoyangkan sedikit pohon tamar itu, lalu jatuhlah buah tamar untuk santapannya, Di situ terlihat, betapa Allah inginkan ikhtiar hambanya, hanya dengan itu Dia akan memberi. Boleh sahaja untuk Allah jatuhkan tamar itu tanpa perlu menggoyangkan pohon tersebut. Ya kan? Lalu, kita bagaimana? Berusahalah, selagi mana termampu. Itu ikhtiar kita. Bahkan ikhtiar itu juga berlaku dengan izin-Nya. Kemudian berdoalah, Sungg...

Deria keenam, kelebihan yang dianugerahkan atau apa...?

Pernah tak jumpa  dengan orang yang hanya tengok wajah kita saja, tapak tangan macam tu boleh tahu sejarah hidup kita, tahu peribadi, tahu rahsia kita. Scary kan? Saya pernah jumpa sekali, "pengamal perubatan tu, he is ustaz actually... dengan bersalam dengan pesakit, dia boleh tahu sejarah silam orang tu, kisah-kisah peribadi orang tu...dia boleh ceritakan satu persatu. Dan hari ini, saya jumpa lagi orang yang macam ni, ala-ala peramal gitu. Kali ni, sampaikan dia claim dia boleh tahu masa depan. But, he's not muslim lahh... ( ya lah, kalau muslim, naudzubillah, mana boleh kata macam tu kan, masa hadapan Allah sahaja yang tahu!) Dalam rancak kami berbincang, bercakap berkenaan dengan stress...tiba-tiba, salah seorang daripada mereka (pengamal perubatan) berkata kepada saya, "jangan risaulah, you kahwin tahun depan!" (saya dalam hati, encik tak kata pun memang itulah doa dan harapan saya selalu, moga-moga dikabulkan. Aamiin...) ahahhaaha ;D Dan saya deng...

Kenapa menulis?

A very, very my personal opinion… 1- Menulis satu perniagaan yang menguntungkan. Pulangannya ada di dunia dan lagi indah dapat pulangan di akhirat sana. Dakwah pun sangat mudah tersebar melalui mata pena, malah mungkin kesannya lagi hebat daripada dakwah lisan. 2- Saya sendiri sangat kagum dengan penulis-penulis yang mengeluarkan bahan-bahan bacaan yang hebat untuk santapan minda masyarakat. plus me, myself I’m avid reader! s o what I’m thinking is, when will be my time to become a writer pulak ;) untuk menulis mesti banyak membaca. So , apa saya tunggu lagi? Start pen down my thoughts, sharing the knowledge. It’s good for me, and Insya-Allah benefit readers too. plus as an editor, I just wondering…how come I train people to write without me myself being a writer. Saya juga terinspirasi dengan kandungan buku Mudahnya Menulis karangan Umi Kalthum Ngah. Beliau menyenaraikan antara sebab kenapa mahu jadi penulis ialah: 1- Penulisan ialah alat mel...