Sungguhlah kehidupan ini semuanya tentang sabar. Ya kan?
Sabar dengan apa yang telah pergi,
Sabar dengan apa yang dihajatkan...
Yang penting teruslah berharap...
Kerana sungguh harapan itu yang menghidupkan.
Dan sabar orang mukmin itu, bukan bermakna diam tidak proaktif,
Tetapi mencetuskan ikhtiar hamba yang masih dalam garis yang dibenarkan Ilahi...
Lihat sahaja, peristiwa ketika mana Maryam sakit untuk melahirkan,
Sedang menahan sakit seorang diri, tumpang berteduh di bawah pohon tamar,
Untuk menenangkan hatinya,
Allah mengarahkannya agar menggoyangkan sedikit pohon tamar itu, lalu jatuhlah buah tamar untuk santapannya,
Di situ terlihat, betapa Allah inginkan ikhtiar hambanya, hanya dengan itu Dia akan memberi. Boleh sahaja untuk Allah jatuhkan tamar itu tanpa perlu menggoyangkan pohon tersebut. Ya kan?
Lalu, kita bagaimana?
Berusahalah, selagi mana termampu. Itu ikhtiar kita. Bahkan ikhtiar itu juga berlaku dengan izin-Nya.
Kemudian berdoalah, Sungguh Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Kata seorang pendakwah, "jangan pernah letih untuk merintih, kerana boleh jadi yang letih dan pedih itu tanda kasih daripada yang Maha Pengasih.
Akhir sekali, bertawakallah kepada-Nya. Bermakna menyerahkan segala-galanya secara total kepada-Nya.
Insya-Allah kita akan baik-baik sahaja.
Yakin. Percayalah.
nota hati:
* sungguh tulisan ini, nasihat untuk diri terutamanya.
Comments
Post a Comment