Skip to main content

Deria keenam, kelebihan yang dianugerahkan atau apa...?


Pernah tak jumpa  dengan orang yang hanya tengok wajah kita saja, tapak tangan macam tu boleh tahu sejarah hidup kita, tahu peribadi, tahu rahsia kita. Scary kan?

Saya pernah jumpa sekali, "pengamal perubatan tu, he is ustaz actually...dengan bersalam dengan pesakit, dia boleh tahu sejarah silam orang tu, kisah-kisah peribadi orang tu...dia boleh ceritakan satu persatu.

Dan hari ini, saya jumpa lagi orang yang macam ni, ala-ala peramal gitu. Kali ni, sampaikan dia claim dia boleh tahu masa depan. But, he's not muslim lahh...(ya lah, kalau muslim, naudzubillah, mana boleh kata macam tu kan, masa hadapan Allah sahaja yang tahu!)

Dalam rancak kami berbincang, bercakap berkenaan dengan stress...tiba-tiba, salah seorang daripada mereka (pengamal perubatan) berkata kepada saya, "jangan risaulah, you kahwin tahun depan!" (saya dalam hati, encik tak kata pun memang itulah doa dan harapan saya selalu, moga-moga dikabulkan. Aamiin...) ahahhaaha ;D

Dan saya dengan nada berseloroh pula membalas, " haaah, kalau macam tu tak stress lagi lah! " maka pecahlah ketawa semua orang dalam bilik mesyuarat tu...hahahahahaha ;p


nota:-

* Saya tengah mengusahakan satu projek ensiklopedia perubatan tradisional sebenarnya, itu yang kena jumpa macam-macam pengamal perubatan tu (Melayu, Cina, India, etc...) ahahaha *berpeluh*

* Tetapkan akidah ahli sunnah wal jamaah kita, jodoh, rezeki, ajal maut semua ketentuan Allah. Apa-apa orang kata pun, dengar sahajalah, jangan percaya sangat pula...

* Kalau encik tu tak kata kepada saya macam tu sekalipun, memang itulah doa saya selalu. Moga dipermudahkan urusan yang satu itu. hihi ;))


Love,
xoxo




Comments

Popular posts from this blog

"Sains Bioperubatan, kerja apa ya nanti?"

Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya. Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap...

Kod Khalifah Kamu Apa?

       Dua tiga hari ini, atau lebih tepat lagi sudah lama perkara ini bersarang di hati (mungkin selama ini dalam keadaan "in denial state" ), saya sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. "Kenapa? Sekarang saya tidak cukup baikkah? Ya, saya berasa "selesa". Selesa dalam ruang lingkup saya sendiri. Saya sedar perkara ini tidak baik untuk saya," diam-diam jiwa ini merintih. "Ya Allah bantu aku untuk menambah nilai diri, nilai kepada ummah, dan juga nilai pendapatan diri dan umumnya untuk keluarga ini", itu doa saya. Laju jari menskrol page fb melihat konten yang dikongsikan oleh seorang hamba Allah. Lantas mata tertancap pada satu istilah yang baharu bagi saya, "kod khalifah". Setiap orang ada kod khalifah tersendiri dan unik yang Allah SWT berikan kepadanya. Sesuailah dengan satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, setiap daripada kita ialah pemimpin. Paling tidak, kita ialah pemimpin kepada diri send...

Unpopular Opinion: Cinta Selepas Kahwin

Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih  kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating?  Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku đŸ˜­” Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin .  Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita.  BUKAN sama sekali BUKAN.       Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...