A very, very my personal opinion…
1- Menulis satu perniagaan yang menguntungkan. Pulangannya ada
di dunia dan lagi indah dapat pulangan di akhirat sana. Dakwah pun sangat mudah
tersebar melalui mata pena, malah mungkin kesannya lagi hebat daripada dakwah
lisan.
2- Saya sendiri sangat kagum dengan penulis-penulis yang
mengeluarkan bahan-bahan bacaan yang hebat untuk santapan minda masyarakat.
Saya juga terinspirasi dengan kandungan buku Mudahnya Menulis karangan Umi Kalthum
Ngah. Beliau menyenaraikan antara sebab kenapa mahu jadi penulis ialah:
1- Penulisan ialah alat melaksanakan dakwah - very true that,
I really love this! :D
2- Peluang meraih pahala berganda - ini yang dikatakan tu,
bukan sahaja pulangan di dunia, malah juga mahsyuk di akhirat.
3- Menulis sebagai satu kerja yang mulia – dalam buku ini,
poin ini dikaitkan dengan penulisan membuka peluang perkejaan untuk orang lain
menumpang ‘cari makan’ seperti penyunting, pencetak, pereka kulit buku dan
ramai lagi.
4- Menulis sebagai suatu bentuk terapi – aktiviti penulisan
dapat mengatasi stress dan kemurungan. Menarikkan!
5- Berkongsi pengalaman sendiri – yang ini pun, saya sangat
suka! setiap orang ada kisahnya tersendirikan, so let’s share!who knows can
inspire other people :))
6- Sebagai sumber kewangan sampingan – yang ini memang tidak
boleh dinafikan lah. Berapa ramai penulis muda sekarang mengaut keuntungan
hanya dengan menulis. Malah, sebagai hobi sahaja pada mulanya akhirnya
menyumbang kepada sumber mata pencarian. Lumayan pulak tu ;D
Akhir kata, so now everyone can write! *wink*
![]() |
Buku ni motivasi yang sangat bagus untuk sesiapa yang memang minat nak jadi penulis. |
Comments
Post a Comment