Skip to main content

6 minggu yang 'crucial'....

Salam n hai....

Akhirnya.....saya berada di 6 minggu terakhir utk menghabiskan semester 1, tahun akhir pengajian saya sesi 2013/2014. Cepatnya masa berlalu! subhanallah...rasa takut, risau semua pun ada....

6 minggu utk siapkan bab I dan bab II penulisan tesis projek tahun akhir saya...

6 minggu utk selesaikan segala pembentangan baik subjek elektif mahu pun teras...

6 minggu juga bersama selesainya pembentangan bertungkus lumus pula utk hantar report bertulis...

6 minggu juga utk kaji dan bentang kes kajian...

6 minggu ke arah peperiksaan akhir semester yg pastinya menakutkan!

6 minggu yg sangat bermakna....6 minggu segala-galanya...

"Ya Allah, berikanlah hamba kekuatan menghadapi semua ujian ini...moga-moga di akhirnya berjaya, moga-moga di akhirnya lega dan bahagia...sungguh tiadalah daya dan upaya aku melainkan Engkau mengizinkannya...Amin"


p/s : in fact, i'm at the end of my first week of my 6 crucial weeks! o' Allah please bless me with the time that You give...

Comments

Popular posts from this blog

"Sains Bioperubatan, kerja apa ya nanti?"

Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya. Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap...

Kod Khalifah Kamu Apa?

       Dua tiga hari ini, atau lebih tepat lagi sudah lama perkara ini bersarang di hati (mungkin selama ini dalam keadaan "in denial state" ), saya sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. "Kenapa? Sekarang saya tidak cukup baikkah? Ya, saya berasa "selesa". Selesa dalam ruang lingkup saya sendiri. Saya sedar perkara ini tidak baik untuk saya," diam-diam jiwa ini merintih. "Ya Allah bantu aku untuk menambah nilai diri, nilai kepada ummah, dan juga nilai pendapatan diri dan umumnya untuk keluarga ini", itu doa saya. Laju jari menskrol page fb melihat konten yang dikongsikan oleh seorang hamba Allah. Lantas mata tertancap pada satu istilah yang baharu bagi saya, "kod khalifah". Setiap orang ada kod khalifah tersendiri dan unik yang Allah SWT berikan kepadanya. Sesuailah dengan satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, setiap daripada kita ialah pemimpin. Paling tidak, kita ialah pemimpin kepada diri send...

Unpopular Opinion: Cinta Selepas Kahwin

Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih  kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating?  Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku 😭” Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin .  Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita.  BUKAN sama sekali BUKAN.       Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...