Skip to main content

Kun Anta - Jadilah Diri Sendiri



Assalamualaikum dan salam Jumaat semua :) Yeah, it’s Jumuah today! J So, let’s recite salawah upon Rasulullah SAW as much as we can. Allahumma Solli Alaa, Sayyidina Muhammad, Waa’la Aali Sayyidina Muhammad.

Harini terfikir pasal “Kun Anta”, Jadilah diri kamu sendiri. Sejauh mana kita jadi diri sendiri? Atau sebenarnya, banyak daripada masa kita, kita sebenarnya berpura-pura menjadi orang lain, or we just not being ourselves, by not presenting ourselves at our best level? Get me? Or I just make this issue more terrible? Hahaha =p

Saya percaya setiap daripada kita berbeza kan? We are all very unique! Allah ciptakan kita dengan pelbagai kelebihan, and yet ada juga kekurangan. Jadi apa yang patut kita lakukan dengan perbezaan ini? Bagi saya kita seharusnya melihat perbezaan ini, sebagai satu anugerah untuk kita saling menghargai dan belajar antara satu sama lain. Raikan perbezaan, dan cari titik persamaan!

Menyentuh pasal jadi diri sendiri pula, saya rasa this issue just lingering my mind (owh…..T_T). Dalam ramai-ramai kita berbeza, apa salahnya kan kalau selagi tak melanggar syariat-Nya? Malah, kita kena jadi diri sendirilah kan, kalau kita jadi orang lain, kita tak akan jadi yang pertama. Kita akan jadi yang kedua, ketiga atau seterusnya... owh, how bad it is right?

So, guys take this home message yaa:

Maka jadilah diri kita dengan melakukan pekerjaan dengan sehabis baik, sampaikan orang lain sukar untuk melakukan sebaik kita. Tidak kira apa jenisnya, kerana setiap orang ada fardu kifayahnya. “Bekerjalah, maka Allah akan melihat pekerjaan kamu, begitu juga Rasul-Nya dan seluruh orang beriman”. (Al-Tawbah 9:105)

[petikan di atas dipetik daripada majalah Solusi isu 85: Kun Anta]

 

p/s: aneh dan dahsyatkan perbuatan manusia ni, kadang-kadang sampai kita tak dapat bezakan antara pujian, perlian atau telah ‘diperkecilkan’. Pentingkah untuk difikirkan semua ini? Ya, jawapannya pasti TIDAK! NO! because you just want to please your CREATOR  NOT the creations. Remember that. Always remember and not to forget keep smile :))
 
 
 
 
Best isu ni! Worth reading :)
 


Comments

Popular posts from this blog

"Sains Bioperubatan, kerja apa ya nanti?"

Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya. Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap...

Kod Khalifah Kamu Apa?

       Dua tiga hari ini, atau lebih tepat lagi sudah lama perkara ini bersarang di hati (mungkin selama ini dalam keadaan "in denial state" ), saya sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. "Kenapa? Sekarang saya tidak cukup baikkah? Ya, saya berasa "selesa". Selesa dalam ruang lingkup saya sendiri. Saya sedar perkara ini tidak baik untuk saya," diam-diam jiwa ini merintih. "Ya Allah bantu aku untuk menambah nilai diri, nilai kepada ummah, dan juga nilai pendapatan diri dan umumnya untuk keluarga ini", itu doa saya. Laju jari menskrol page fb melihat konten yang dikongsikan oleh seorang hamba Allah. Lantas mata tertancap pada satu istilah yang baharu bagi saya, "kod khalifah". Setiap orang ada kod khalifah tersendiri dan unik yang Allah SWT berikan kepadanya. Sesuailah dengan satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, setiap daripada kita ialah pemimpin. Paling tidak, kita ialah pemimpin kepada diri send...

Unpopular Opinion: Cinta Selepas Kahwin

Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih  kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating?  Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku 😭” Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin .  Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita.  BUKAN sama sekali BUKAN.       Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...