Skip to main content

Di garis Waktu Itu...



Saya ingin rakamkan rasa ini dalam bentuk penulisan. Biar ia kekal selama-lamanya, biar jadi pedoman buat saya, biar nanti apabila saya renung kembali menjadi satu kesyukuran dalam hati, menjadi motivasi buat diri untuk menjadi yang lebih baik lagi. Insya-Allah.

Mungkin masanya jugalah…Orang itu bertanya, orang di sana menyapa, ada juga yang menggunakan orang tengah, tak kurang juga yang bersuit suka-suka, dan sedar tak sedar ada juga yang cuma mengintai dari jauh saja. Saya jadi tertanya-tanya, oh rasanya begini ya! Hebat penangannya memegang status si anak dara! 

Agak kelakar jugalah bila diam terfikir kembali, ada saja yang nak bertanya tentang status saya, malah sampai ada yang bertanya, “bila mau kawen, saya mau pergi nanti jemput saya”fuuhhh…daripada kakak Takaful, kakak surau, sampaikan tuan si pakar bidang yang saya berurusan kerja…

Saya? kalut juga jadinya. Memang hati ingin, tapi masih belum berjumpa. Bukan mencari yang sempurna, tapi cukup untuk saya dan dia saling mengingatkan, saling menguatkan dan saling berpimpinan tangan menuju syurga Tuhan.

Bukan sekadar tuan badan saja yang ingin, malah orang yang paling penting dalam hidup saya juga sangat berhajat ingin lihat diri ini menikah. Katanya, biar ada orang jaga, jadi dia tak perlu risau dan dia pun boleh lega.


*********************************************************************

Kepada kamu yang mencuba…
Maafkan aku ya, aku bukan sengaja buat kau tertanya-tanya,
Tapi aku juga sedang sungguh bertanya kepada Rabbku yang tahu segala,

Dan…
Kepada kamu yang jauh,
Orang tuamu sepertinya sangat berkenan dengan aku,
Walaupun kedengaran hanya sayup-sayup suara suka itu,
Tapi jelas sekali dengan tindak-tanduknya.
Mungkin saja kau tak pasti, aku juga begitu,
Dan seperti sebelumnya,
Hati aku masih tak punya apa-apa rasa tentang kita.

Kepada kamu yang selalu dalam doa aku,
Sebenarnya kamu siapa dan di mana ya?
Adakah kamu sebenarnya sudah aku jumpa?
Atau sebenarnya masih belum tiba waktu kita,
Waktu untuk kita saling bertemu,
Saling menyulam rasa,
Dan akhirnya kita berjanji setia,
Untuk bersama selamanya hingga ke syurga-Nya.

Yakin aku,
Semuanya akan baik-baik saja,
Semuanya akan indah pada waktunya,
Kerana semua telah dijaga-Nya dengan sebaik-baik rencana dan takdir-Nya.

Insya-Allah, tenang, usaha dan jangan pernah putus doa.


Salam sayang,
Yang mengharap hanya kepada Dia.




Comments

Popular posts from this blog

"Sains Bioperubatan, kerja apa ya nanti?"

Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya. Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap...

Kod Khalifah Kamu Apa?

       Dua tiga hari ini, atau lebih tepat lagi sudah lama perkara ini bersarang di hati (mungkin selama ini dalam keadaan "in denial state" ), saya sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. "Kenapa? Sekarang saya tidak cukup baikkah? Ya, saya berasa "selesa". Selesa dalam ruang lingkup saya sendiri. Saya sedar perkara ini tidak baik untuk saya," diam-diam jiwa ini merintih. "Ya Allah bantu aku untuk menambah nilai diri, nilai kepada ummah, dan juga nilai pendapatan diri dan umumnya untuk keluarga ini", itu doa saya. Laju jari menskrol page fb melihat konten yang dikongsikan oleh seorang hamba Allah. Lantas mata tertancap pada satu istilah yang baharu bagi saya, "kod khalifah". Setiap orang ada kod khalifah tersendiri dan unik yang Allah SWT berikan kepadanya. Sesuailah dengan satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, setiap daripada kita ialah pemimpin. Paling tidak, kita ialah pemimpin kepada diri send...

Unpopular Opinion: Cinta Selepas Kahwin

Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih  kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating?  Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku 😭” Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin .  Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita.  BUKAN sama sekali BUKAN.       Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...