Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Harapan Ramadan Kali Ini...

Alhamdulillah, Salam 6 Ramadan 1438H semua, 😃 Moga kita terus diberikan kekuatan untuk menjalani ibadat dalam bulan yang mulia ini. Insya-Allah, Aamiin... Sebelum datangnya Ramadan lagi, dalam fikiran saya sudah siap merancang/berkira-kira senarai doa/harapan yang ingin saya panjatkan kepada Tuhan. Ya, sentiasa ada. Every year in and out, everytime Ramadan comes, I made a list of special du'a, take opportunity in this special holy month where Allah answer all prayers. ☺️ Ramadan kali ini, ingin saya manfaatkan kuasa doa sehebat-hebatnya untuk memohon apa yang saya hajatkan untuk kini dan masa hadapan. 1- Ya Allah, jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang sentiasa bersyukur. Sungguh saya sedar bahagia itu hanya ada pada hati yang bersyukur. 2- I must include this in my du'a too. This is serious and main stuff, bukan sampingan! Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam melaksanakan amanah sebagai editor. Nyata ini profesion mencabar! Hampir (Oh, bukan hampir lagi, hari ini ...

Anda pernah rasa...?

Alhamdulillah, Salam 4 Ramadan 1438H semua, 😃 Moga kita mampu manfaatkan bulan Ramadan yang mulia ini untuk jadikan diri kita hamba yang lebih baik kepada-Nya. Insya-Allah. Aamiin... Saya ingin berkongsi/bertanya anda semua. Pernah atau tidak anda merasakan di dunia maya anda kenal seseorang ini. Ya, hanya di dunia maya! Anda kagumi dia. Kata-kata baik dia, pengalamannya yang dia gunakan untuk beri pedoman kepada orang lain. Kejayaan dia dalam kerjayanya, minatnya yang mendalam dalam apa yang dia lakukan. Sungguh buat anda terpesona! Tapi tidak setakat itu sahaja! Anda  turut ingin cari tahu kehidupan peribadinya. Bukan niat untuk kepoh, tapi lebih empati di situ. Inilah yang terjadi kepada saya. Dia yang menarik perhatian saya itu, ada kenangan silamnya sendiri. Suatu cinta yang putus di tengah jalan, suatu harapan yang tidak kesampaian. Mungkin juga suatu kesunyian yang dia sentiasa usung hingga kini. Adakah dia benar-benar baik-baik saja selepas lalui semua ini? Saya tert...

Di stesen itu....

                       Stesen bas Penang Sentral yang                                menggamit memori saya. Tempat ini banyak menyimpan kenangan saya. Dari awal bermulanya persekolahan saya di asrama, sehinggalah kini saya bekerja. (Ya, bukan sahaja masa belajar, tapi hingga saya bekerjaya). Seiring perubahan watak saya daripada seorang pelajar kepada seorang pekerja, begitu juga tempat ini, makin maju dan membangun. Prasarananya makin bagus. Jaringan pengangkutannya makin meluas dan lebih cekap, menjadi nadi perhubungan antara insan yang terpaksa berjauhan, namun hakikat jiwa mereka ini tidak pernah terpisah jauh. Lihat saja saya, begitu banyak sekali tempat ini berbakti. Daripada seorang anak gadis yang agak manja, berubah menjadi saya yang lebih tabah Dan matang dalam mendepani cabaran dalam kehidupan ini. Sekarang ini, saya masih me...

Sentiasa ada sebab untuk kita bersyukur...

Waktu lewat petang pulang dari kerja... Melewati bangunan-bangunan besar di tengah kota, membelah jalan yang berpusu-pusu dengan kenderaan manusia. Aku teringat akan satu masa... Tiga sahabat sedang berbicara, "Pah, kau nikah bila?, tanya Hanan sebaik sahaja tahu yg bahawa sahabatnya itu sudah menjadi tunangan orang. "Insya-Allah, bulan empat ni. Perkenalan yang amat singkat, berhubungan serius dan bertunang pada bulan satu, akhirnya putuskan bulan empat menikah", jawab Pah dengan senyuman merekah, lagi bernada tenang. Jadi, Hanan tertanya-tanya. "Kenapa ya, aku [atau lebih tepat lagi, kami (aku dan tunang)] ambil masa agak lama untuk kami langsungkan pernikahan, sedangkan bertunangnya hujung tahun lepas," hati tertanya-tanya sendiri. Seorang lagi sahabat, Amna berkata, "perkenalan singkat, kalau dah jodohkan, akan dipermudahkan segalanya". Kini, sambil berjalan pulang dari kerja, dengan kudrat yang masih berbaki, dengan longlai yang sungguh ...

'Larut'lah dalam cinta-Nya

This is really backdated entry. I draft this, at the moment of I must take a big and super important decision in my life. Ok, that's the intro. Haha ;D Berkenaan tajuk di atas, Apa yang kita lakukan apabila kita dilanda masalah atau buntu untuk membuat keputusan? Atau mungkin juga tidak faham akan situasi yang melanda diri? Ambil masa, tenang sebentar... Walaupun sebenarnya payahkan untuk bertenang, tatkala diri dihempap ujian. Tetapi, tetaplah juga untuk cuba bertenang...... Dari situ sebenarnya, dapat membawa kita kembali secara total kepada Tuhan. Kita hamba-Nya. Kita tunaikan solat fardhu, tidak kurang juga dengan membaca al-Qur'an (kalau tidak selalu pun, tapi mesti adakan). Jadi, kenapa apabila ujian menerpa, kita jadi tidak tentu arah? Nak ke depan pun tak tahu, nak ke belakang lagi tak tentu. Maka dari itu sedarlah, pilihlah untuk terus 'larut' dalam cinta-Nya. Jadikanlah ujian ini sebagai medium atau jalan untuk kita lebih 'tunduk' kepa...