Emak, seorang insan yang sangat istimewa dalam hati setiap anak-anak. Sama juga bagi saya. Emak bukan sahaja sesuatu bagi saya, malah segala-galanya. Sungguh segala-galanya!
"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku emak yang terhebat di dunia ini! Sayang emak sangat-sangat!" :)
Dari kecil, diberinya kasih sayang dan pendidikan yang terbaik, baik pendidikan dunia mahupun akhirat. Tak mudah untuk saya gambarkan betapa gembiranya saya melalui zaman persekolahan, dari pendidikan rendah hingga peringkat tinggi. Atas ihsan mak dan abah, kami adik beradik sentiasa mendapat pendidikan terbaik! Untuk itu, terima kasih tak terhingga kepada emak dan abah!
Dan kini, saya sudah pun berumah tangga. Perhatian dan kasih sayang emak kepada saya tak pernah berubah. Malah saya kira, adanya emak dalam tempoh saya baharu setahun jagung melayari bahtera rumah tangga amat penting. Emak sentiasa menjadi pakar rujuk saya. Nasihatkan diri ini, ajarkan saya bagaimana harus saya bertindak dengan sewajarnya untuk menjadi isteri sejati. Sungguh saya sangat perlukan bimbingan dalam melayari samudera rumah tangga yang luas dan tak terjangka ini!
Ya Allah, kau rahmatilah kehidupan emak. Panjangkanlah usianya dalam ketaatan kepada-Mu. Bantulah kami anak-anak emak agar sentiasa dapat berusaha menjadi yang soleh dan solehah dalam kami mentaatinya sesuai dengan kehendak-Mu ya Allah. Selagi ada ruang dan waktu selagi itu kami mahu berbakti kepada emak dan abah yang jasanya tak akan pernah mampu kami balas!
Izinkan kami ya Allah untuk terus merasai lunaknya kasih emak, dan tulusnya kasih abah!

![]() |
Kesayangan hati hamba. Emakku dunia dan akhirat :) |
Comments
Post a Comment