Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Sayangi dirimu: Bercantik-cantik itu Perlu

 Satu perkara yang saya perasan pada diri saya masih tidak berubah, dari dulu (semasa bergelar pelajar) sehingga sekarang (sudah bakal rasminya bergelar ibu anak dua) adalah minat saya terhadap kecantikan. Saya masih tergilakan skincare dan barang-barang make-up! Lebih-lebih lagi, belakangan ini sangatlah sukakan benda-benda berhias ni, rajin merawat diri...rajin berhias... walaupun kerja di pejabat hanya sekali seminggu 😁 Mungkin juga disebabkan hormon mengandung? Mungkin. Hahaha😆 Sekilas pandang masa lalu, saya ni boleh dikatakan lambatlah dalam hal-hal melawa ni. Mungkin juga disebabkan faktor saya ni anak tunggal perempuan, jadi saya tak ada ikon nak melawa+melaram ni (ya lah mak2 kita mana lah dressing macam budak2 zaman sekarang kan😌). Zaman universiti merubah segalanya. Saya mula 'membuka mata' melihat ramai kawan-kawan sekuliah yang jauh lebih pandai berhias dan melaram. Masih kuat diingatan, pertama kali nak make-up ala kadar sikit lah kan untuk majlis yang saya seb...

Kod Khalifah Kamu Apa?

       Dua tiga hari ini, atau lebih tepat lagi sudah lama perkara ini bersarang di hati (mungkin selama ini dalam keadaan "in denial state" ), saya sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. "Kenapa? Sekarang saya tidak cukup baikkah? Ya, saya berasa "selesa". Selesa dalam ruang lingkup saya sendiri. Saya sedar perkara ini tidak baik untuk saya," diam-diam jiwa ini merintih. "Ya Allah bantu aku untuk menambah nilai diri, nilai kepada ummah, dan juga nilai pendapatan diri dan umumnya untuk keluarga ini", itu doa saya. Laju jari menskrol page fb melihat konten yang dikongsikan oleh seorang hamba Allah. Lantas mata tertancap pada satu istilah yang baharu bagi saya, "kod khalifah". Setiap orang ada kod khalifah tersendiri dan unik yang Allah SWT berikan kepadanya. Sesuailah dengan satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, setiap daripada kita ialah pemimpin. Paling tidak, kita ialah pemimpin kepada diri send...

Forgive but Not Forget

Lama saya tidak menulis di sini. Saya masih bergelut dengan diri sendiri untuk menjadikan tabiat menulis sebagai darah daging saya. "Forgive, but not forget". Kenyataan seperti di  atas biasa didengari. "Memaafkan tetapi tidak melupakan". Semalam, kenyataan ini menghantui fikiran saya. Saya tumpang gembira mendengar khabar berita gembira daripadanya. Ironinya, bersama rasa tumpang gembira itu, terlayar kembali (ibarat video yang ditayangkan semula) perbuatannya terhadap saya. Sebelum ini, saya tidak dapat menjiwai, walaupun hanya untuk memahami tentang apa itu yang dikatakan dengan "memaafkan, tetapi tidak melupakan". Tetapi, saya kira kali ini saya sudah tahu begini rasanya. Pada usia 29 tahun, saya baru tahu (dalam erti kata sebenar, baru alaminya sendiri) bahawa betapa "tajamnya" lidah manusia bisa menikam dengan kejamnya hati seorang hamba Allah yang juga sepertinya. Peribadinya, saya kecewa kenapa dia yang sebahagian daripada keluarg...

Cinta Suci Zahrana

Sebelum saya tertarik membaca novel ini, saya terlebih dahulu telah menonton telefilem ini di YouTube. Adik saya telah kongsikan pautan telefilem ini untuk saya tontoni. Niatnya dia adalah untuk memberikan motivasi kepada saya. Ternyata telefilem ini sememangnya menarik perhatian saya. Telefilem ini mengisahkan seorang perempuan, Zahrana yang tegas dengan pendiriannya untuk mengejar cita-cita beliau dalam dunia akademik, tetapi apabila tiba masanya beliau sangat perlu dan ingin menikah, jodoh yang bersesuaian pula tidak kunjung tiba sedangkan usia sudah menjangkau 30-an. Maka, bermulalah konflik dan dilemanya di situ. Seingat saya, saya menonton telefilem ini pada tahun 2016, semasa saya belum pun lagi menikah. Dua minggu lepas saya tertarik untuk membaca novel ini, walaupun telah lama saya sedar keberadaan novel ini pada deretan buku di  atas rak buku di rumah mentua saya. Sungguh karya Habiburrahman El-Shirazy ini sememangnya layak digelar karya pembangun jiwa. Watak ...