Lama saya tidak menulis di sini. Saya masih bergelut dengan diri sendiri untuk menjadikan tabiat menulis sebagai darah daging saya.
"Forgive, but not forget".
Kenyataan seperti di atas biasa didengari. "Memaafkan tetapi tidak melupakan". Semalam, kenyataan ini menghantui fikiran saya. Saya tumpang gembira mendengar khabar berita gembira daripadanya. Ironinya, bersama rasa tumpang gembira itu, terlayar kembali (ibarat video yang ditayangkan semula) perbuatannya terhadap saya.
Sebelum ini, saya tidak dapat menjiwai, walaupun hanya untuk memahami tentang apa itu yang dikatakan dengan "memaafkan, tetapi tidak melupakan". Tetapi, saya kira kali ini saya sudah tahu begini rasanya.
Pada usia 29 tahun, saya baru tahu (dalam erti kata sebenar, baru alaminya sendiri) bahawa betapa "tajamnya" lidah manusia bisa menikam dengan kejamnya hati seorang hamba Allah yang juga sepertinya. Peribadinya, saya kecewa kenapa dia yang sebahagian daripada keluarga saya boleh melemparkan tuduhan yang menyakitkan dengan sewenangnya. Saya kesal kenapa dia yang akidahnya sama dengan saya sanggup menghambur kata-kata kesat bersarat tuduhan yang langsung tidak berasas kepada saya. Bukankah orang mukmin itu bersaudara semuanya? Tidak boleh sama sekali menyakiti antara satu sama lain.
Sungguh Allah sahajalah yang menjadi saksi, saya mengusung ke sana ke mari beg sejuk saya untuk diisi hasil susu badan yang dipam semasa bermesyuarat di luar pejabat. Wajarkah ini dikatakan kepada saya hanya duduk di tempat mencuri tulang? Sungguh kecewa saya bukan kepalang!😢
Mengepam susu setiap 3 jam sudah menjadi "makanan harian" saya semenjak bergelar ibu. Tidak kira walau di mana sahaja saya berada, pukul berapa pun jamnya, hatta 2-3 pagi sekali pun saya gagahkan juga untuk bangun menjalankan tugas agung seorang ibu yang satu ini! Jadi, bagaimana saya boleh dituduh sengaja beralasan untuk tidak memberikan khidmat di dapur! Di mana prioritinya, memasak beramai-ramai atau mengepam susu melunaskan hak si anak kecil? Manusia, sewenangnya suka menghukum!
Dalam menghadapi kekecewaan ini, saya ingatkan diri...Cukup Allah bagiku. Allah is all sufficient. Mereka bebas melemparkan apa sahaja tuduhan, tohmahan, apa sahaja...kerana pada akhirnya, cukup Allah untuk saya, yang sebenar-benarnya dan selayak-layaknya menilai diri ini. Tidak ingin sedikitpun termakan kata-kata orang kerana kau sahaja tahu jerih payah dan perjuangan diri.
"Cinta selalu menang" ❤️
"Sayangi dirimu"

![]() |
Credit: Google photo |
Comments
Post a Comment