Skip to main content

Sayangi dirimu: Bercantik-cantik itu Perlu

 Satu perkara yang saya perasan pada diri saya masih tidak berubah, dari dulu (semasa bergelar pelajar) sehingga sekarang (sudah bakal rasminya bergelar ibu anak dua) adalah minat saya terhadap kecantikan. Saya masih tergilakan skincare dan barang-barang make-up! Lebih-lebih lagi, belakangan ini sangatlah sukakan benda-benda berhias ni, rajin merawat diri...rajin berhias... walaupun kerja di pejabat hanya sekali seminggu ๐Ÿ˜ Mungkin juga disebabkan hormon mengandung? Mungkin. Hahaha๐Ÿ˜†

Sekilas pandang masa lalu, saya ni boleh dikatakan lambatlah dalam hal-hal melawa ni. Mungkin juga disebabkan faktor saya ni anak tunggal perempuan, jadi saya tak ada ikon nak melawa+melaram ni (ya lah mak2 kita mana lah dressing macam budak2 zaman sekarang kan๐Ÿ˜Œ). Zaman universiti merubah segalanya. Saya mula 'membuka mata' melihat ramai kawan-kawan sekuliah yang jauh lebih pandai berhias dan melaram. Masih kuat diingatan, pertama kali nak make-up ala kadar sikit lah kan untuk majlis yang saya sebagai pengurus projeknya, gigih pergi pinjam eyeliner dengan kawan bilik sebelah! Hahaha. Punyalah waktu tu tak ada langsung barang make-up ๐Ÿ˜‚. 

Sekarang sudah berkerjaya sebagai isteri juga ibu saya masih sukakan kecantikan dan berpendapat semakin penting menjaga kesihatan+kecantikan. Saya katakan kesihatan untuk saya mencabar diri mendapatkan berat badan ideal semula dan penting menggunakan skincare yang betul dan tepat untuk keperluan kulit wajah saya.

Nak dijadikan cerita, terjumpa lah pula satu rangkaian produk penjagaan kulit dari Korea ni. Sangatlah menarik hati! ๐Ÿค—๐Ÿ’– Sekarang ini, boleh dikatakan saya lakukan rutin lengkap juga dalam penjagaan kulit wajah, tetapi menggunakan pelbagai jenama skincare (dan sebenarnya ikut dan sajalah apa yang ada, guna produk complementary gift dapat dari FaceShop).

Menariknya, produk ni hanya ada 3 sahaja barangnya. 1- Facewash yang merangkap make-up remover dan oil cleanser 2- Moisturizer 3- Brightening silky cream merangkap base make-up yang mempunyai fungsi perlindungan daripada cahaya matahari. Produknya ialah Prettian! Menarik sangat rakan-rakan! Haishhh, untuk saya yang punya genetik senang membeli dan sangat sukakan skincare lagilah rasa membara perasaan ingin memiliki tu๐Ÿ˜†.

Lebih-lebih lagi, sekarang ada sale ya rakan-rakan!


Akhirnya, setelah 2 hari memikirkan hal ini...saya memilih untuk menangguhkan dahulu keinginan ini. Hehehe๐Ÿ˜. Ceritanya, ada urusan yang lebih penting untuk saya utamakan. 

Penjagaan diri semasa berpantang. Ya, itu fokus saya buat masa ini. Moga Hidayah mampu menjaga diri dengan rapi semasa berpantang, mendapatkan berat badan yang ideal, sekali gus membawa kecantikan wajah dan keseluruhannya. Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป. Ini doa dan harapan saya๐Ÿ˜‡. Pasal Prettian, tunggu dulu ok. InsyaAllah, apabila skincare ku sudah 'surut' bolehlah membeli produk ni ๐Ÿ˜.

Nota kaki:
1- Apabila bertambah usia, mestilah perlu lebih matang dalam berbelanja. Know your priorities.
2- Mencecah usia 30-an, kesihatan+kecantikan sudah menjadi subjek yang sangat penting untuk dititikberatkan.
3- Yang penting, sentiasa berubah ke arah kebaikan dalam segala aspek kehidupan. InsyaAllah, moga-moga.



Comments

Popular posts from this blog

"Sains Bioperubatan, kerja apa ya nanti?"

Saya masih boleh bayangkan perasaan saya pertama kali menerima surat tawaran universiti sembilan tahun yang lalu, keterujaan hampir tiada. Astaghfirullah. Sepatutnya saya bersyukur, dalam ramai-ramai calon pada tahun tersebut ada yang tidak menerima sebarang tawaran ke universiti. Untuk pelajar aliran sains hayat di matrikulasi seperti saya, sudah tentulah program seperti perubatan, pergigian dan farmasi yang menjadi rebutan. Program Sains Bioperubatan, pada waktu itu dilihat sebagai asing seperti alien yang baru turun dari piring terbangnya. Saya masih ingat lagi pensyarah yang menjadi mentor saya di universiti menggambarkan program Sains Bioperubatan ini seperti program Perubatan, cumanya kami banyak mempelajari teori sahaja (dari tahun pertama hingga ke tahun akhir pengajian) sedangkan bidang perubatan teori dipelajari dari tahun pertama hingga tahun kedua, kemudiannya bermulah amali pada tahun berikutnya. Ironinya, apabila berdepan dengan masyarakat luar ada yang salah menganggap...

Kod Khalifah Kamu Apa?

       Dua tiga hari ini, atau lebih tepat lagi sudah lama perkara ini bersarang di hati (mungkin selama ini dalam keadaan "in denial state" ), saya sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. "Kenapa? Sekarang saya tidak cukup baikkah? Ya, saya berasa "selesa". Selesa dalam ruang lingkup saya sendiri. Saya sedar perkara ini tidak baik untuk saya," diam-diam jiwa ini merintih. "Ya Allah bantu aku untuk menambah nilai diri, nilai kepada ummah, dan juga nilai pendapatan diri dan umumnya untuk keluarga ini", itu doa saya. Laju jari menskrol page fb melihat konten yang dikongsikan oleh seorang hamba Allah. Lantas mata tertancap pada satu istilah yang baharu bagi saya, "kod khalifah". Setiap orang ada kod khalifah tersendiri dan unik yang Allah SWT berikan kepadanya. Sesuailah dengan satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, setiap daripada kita ialah pemimpin. Paling tidak, kita ialah pemimpin kepada diri send...

Unpopular Opinion: Cinta Selepas Kahwin

Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih  kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating?  Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku ๐Ÿ˜ญ” Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin .  Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita.  BUKAN sama sekali BUKAN.       Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...