Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Unpopular Opinion: Cinta Selepas Kahwin

Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih  kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating?  Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku 😭” Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin .  Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita.  BUKAN sama sekali BUKAN.       Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...

Tentang Harapan yang Tidak Kesampaian

Banyak hal yang berlaku kepada saya malah juga keluarga. Dalam keriangan dan kesyukuran menyambut Syawal yang akhirnya tahun ini, tahun 2022 kita semua kembali dapat menyambut seperti biasa, seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda hinggalah ke hari ini Syawal bakal melabuhkan tirainya, hal ini masih mengganggu diri saya.      Putus cinta mungkin perkara biasa, hatta putus tunang sekalipun. Yang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula hubungan yang tiada sebarang ikatan yang sah di sisi agama mahupun undang-undang. Ungkapan ini kita biasa dengar bukan? Kebalikannya kali ini, hal putus ikatan ini terjadi kepada ahli keluarga saya yang terdekat, sangat dekat bagi saya, iaitu adik saya.      Cubit peha kanan, peha kiri terasa. Inilah situasi yang tepat untuk menggambarkan keadaan saya. Entah, saya selalu begitu dengan adik beradik saya. Mungkin sekali kerana saya seorang perempuan, nalurinya lebih halus lebih sensitif apatah lagi dalam hal-hal yang sebegini...

Catatan buat Anakanda Sulung: Cerai Lampin, Kita Usaha lagi ya!

Nafas ditarik dalam seraya dihembus perlahan. Melepaskan lelah yang kian terasa di jiwa. Ini baru permulaan, baru di peringkat cerai lampin yang saya sedang usahakan! Fasa kuarantin di rumah untuk kami sekeluarga saya gunakan sebaiknya untuk mengusahakan latihan cerai lampin untuk si puteri sulung, Nuha. Bukan tiga hari sahaja yang diperuntukan, malah tujuh hari! Namun…nampaknya gagal latihan pertama kali ini.  Saya tertanya-tanya sendiri…bagaimana agaknya emak dan abah saya menghadapi banyak kekecewaan sepanjang mereka membesarkan saya. Kini, giliran saya.  Di sebalik kegagalan ini, jauh di sudut hati saya percaya…lambat atau cepat, Nuha pasti belajar. Dia akan berjaya juga menggunakan tandas sebagai tanda dia mampu berdisiplin dan berdikari dalam menguruskan diri. Saya ingatkan diri untuk berlapang dada sahaja dengan kegagalan ini. Masakan ini baru langkah awal dari beribu-ribu langkah lagi yang bakal dia jalani. Mengenangkan hal ini, pada minggu ini juga saya terlihat dua h...

Kerana Istikharah itu juga Perlukan Mujahadah

Menyorot awal-awal tahun perkahwinan saya…sehingga ke hari ini, ada rasa kesyukuran yang tak tergambarkan di dalam hati. Begitu banyak rahmat-Nya kepada kami. Pernah terdetik di dalam hati kecil saya, “susah pada awal perkahwinan ini semua pun pasti merasa”.  Susah? Skopnya pula luas. Boleh jadi dalam kewangan, boleh jadi dalam membina keserasian, malah boleh jadi dari pelbagai sudut. Dan saya…tidaklah melebih-lebih sekiranya saya mengatakan bahawa saya merasai semuanya! Semua kesusahan yang luas skopnya tadi.   Dari rumah mentua ke rumah sewa sendiri. Dari rumah sewa berpindah masuk ke rumah sendiri. Dari kerja yang gajinya dibayar tidak menentu ke pekerjaan yang lebih lumayan dan meyakinkan (dengan izin Allah segala-galanya). Inilah yang kami suami isteri lalui bersama. Dari sudut keserasian yang membentuk persefahaman, tolak ansur, ihsan dan kasih sayang semuanya memerlukan masa untuk membinanya. Harus diingat, proses ini pula tidak akan pernah berhenti! Ada masanya bermand...

2021 Tahun Kejutan Penuh Pengajaran; 2022 Tahun Melunaskan Janji kepada Diri

 Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Esa. Hari ini 1.1. 2022 Menyorot tahun lalu, 2021 suatu pengajaran yang sangat berharga adalah ujian dalam kerjaya saya yang sebelum ini hanya tenang-tenang sahaja. Namun, tiba-tiba berkocak hebat...menuntut diri berfikir lebih dan lebih lagi, "apa nilai diri ini?". Dipertemu dengan insan yang sangat menguji kesabaran diri sangatlah meletihkan. Malah, belum pernah saya temui insan yang mengocak kesabaran saya setahap itu, di mana-mana halaman dalam kisah hidup saya. Luar biasa, menyentak jiwa hingga mengganggu rasional diri.              Sungguh dalam setiap ujian pasti ada hikmah yang Allah SWT kirimkan. Satu yang ketara pada diri ini ialah ruang perbincangan sentiasa ada, dan saya sentiasa boleh menyuarakan apa yang saya rasa kepada pihak yang berautoriti. Berani menyatakan kebenaran dengan cara yang betul kepada  insan yang betul. Itu kuncinya, saya percaya. Walaupun mungkin sekali tiad...