Oh baru saya tahu yang bercinta selepas kahwin ini penyataan yang membuatkan ramai orang tidak bersetuju. Melewati laman Twitter, membawa saya kepada satu penyataan ini. Satu ciapan yang lebih kurang berbunyi seperti ini. Apa nasihat yang paling korang rasa penting untuk muda-mudi yang nak pergi dating? Kemudian ada satu akaun retweet ciapan berkenaan dengan komen , “Unpopular opinion: kahwin dulu baru dating. Walaupun aku tahu ramai yang akan bash aku 😔 Terpencil tidak bermaksud tidak benar atau tidak akan berjaya atau mungkin berbahaya! Tahukah kalian bahawa banyak hikmahnya yang bakal diperoleh apabila bercinta selepas berkahwin . Bercinta selepas berkahwin bukannya bermaksud kita terjun sahaja ke alam perkahwinan itu tanpa sebarang usul periksa ke atas calon pasangan kita. BUKAN sama sekali BUKAN. Ada sesi perkenalannya atau mungkin istilah yang lebih popular dalam membicarakan hal seperti ini ialah taaruf. Taaruf tetap berlangsung...
Banyak hal yang berlaku kepada saya malah juga keluarga. Dalam keriangan dan kesyukuran menyambut Syawal yang akhirnya tahun ini, tahun 2022 kita semua kembali dapat menyambut seperti biasa, seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda hinggalah ke hari ini Syawal bakal melabuhkan tirainya, hal ini masih mengganggu diri saya. Putus cinta mungkin perkara biasa, hatta putus tunang sekalipun. Yang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula hubungan yang tiada sebarang ikatan yang sah di sisi agama mahupun undang-undang. Ungkapan ini kita biasa dengar bukan? Kebalikannya kali ini, hal putus ikatan ini terjadi kepada ahli keluarga saya yang terdekat, sangat dekat bagi saya, iaitu adik saya. Cubit peha kanan, peha kiri terasa. Inilah situasi yang tepat untuk menggambarkan keadaan saya. Entah, saya selalu begitu dengan adik beradik saya. Mungkin sekali kerana saya seorang perempuan, nalurinya lebih halus lebih sensitif apatah lagi dalam hal-hal yang sebegini...