Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Kisah Tiga 'Dia'

Di satu sudut itu, Ada seorang lelaki dewasa yang lancar jalan hidupnya, Lulus cemerlang pengajian pra-universitinya, Masuk ke universiti dengan kursus idamannya, Masuk dunia kerjaya dijamin jawatannya. Kemudian bertemu pula dengan si dia, Si buah hati, pengarang jantungnya, Alhamdulillah, mudah mereka bersatu dalam lancar sebaris akad. Masa berganti masa, Mereka masih begitu sebagai pasangan yang masih mabuk bercinta, Janji untuk bersama selamanya. Biar tangis si manja belum memecah ruang selesa rumah mereka, Mereka tetap sabar, tabah menanti penuh harap, Kehadiran zuriat penyambung legasi cinta mereka berdua. Di satu sudut yang lain pula, Ada seorang gadis yang biasa-biasa sahaja, Semuanya berkenaan dengan dia sederhana, Ketika dalam tempoh pra-universitinya, Ingin benar dia kursus itu, Tapi nyata itu bukan rezeki dia, Tak mengapalah dia redha, Berbekalkan nasihat, semangat dan keazaman, Dia teruskan perjalanan seperti yang Tuhan ma...

Di garis Waktu Itu...

Saya ingin rakamkan rasa ini dalam bentuk penulisan. Biar ia kekal selama-lamanya, biar jadi pedoman buat saya, biar nanti apabila saya renung kembali menjadi satu kesyukuran dalam hati, menjadi motivasi buat diri untuk menjadi yang lebih baik lagi. Insya-Allah. Mungkin masanya jugalah…Orang itu bertanya, orang di sana menyapa, ada juga yang menggunakan orang tengah, tak kurang juga yang bersuit suka-suka, dan sedar tak sedar ada juga yang cuma mengintai dari jauh saja. Saya jadi tertanya-tanya, oh rasanya begini ya! Hebat penangannya memegang status si anak dara!  Agak kelakar jugalah bila diam terfikir kembali, ada saja yang nak bertanya tentang status saya, malah sampai ada yang bertanya, “bila mau kawen, saya mau pergi nanti jemput saya”fuuhhh… daripada kakak Takaful, kakak surau, sampaikan tuan si pakar bidang yang saya berurusan kerja… Saya? kalut juga jadinya. Memang hati ingin, tapi masih belum berjumpa. Bukan mencari yang sempurna, tapi cukup untuk saya dan ...

SABAR, dalam Seputar Hidup Kita

Sungguhlah kehidupan ini semuanya tentang sabar. Ya kan? Sabar dengan apa yang telah pergi, Sabar dengan apa yang dihajatkan... Yang penting teruslah berharap... Kerana sungguh harapan itu yang menghidupkan. Dan sabar orang mukmin itu, bukan bermakna diam tidak proaktif, Tetapi mencetuskan ikhtiar hamba yang masih dalam garis yang dibenarkan Ilahi... Lihat sahaja, peristiwa ketika mana Maryam sakit untuk melahirkan, Sedang menahan sakit seorang diri, tumpang berteduh di bawah pohon tamar, Untuk menenangkan hatinya, Allah mengarahkannya agar menggoyangkan sedikit pohon tamar itu, lalu jatuhlah buah tamar untuk santapannya, Di situ terlihat, betapa Allah inginkan ikhtiar hambanya, hanya dengan itu Dia akan memberi. Boleh sahaja untuk Allah jatuhkan tamar itu tanpa perlu menggoyangkan pohon tersebut. Ya kan? Lalu, kita bagaimana? Berusahalah, selagi mana termampu. Itu ikhtiar kita. Bahkan ikhtiar itu juga berlaku dengan izin-Nya. Kemudian berdoalah, Sungg...

Deria keenam, kelebihan yang dianugerahkan atau apa...?

Pernah tak jumpa  dengan orang yang hanya tengok wajah kita saja, tapak tangan macam tu boleh tahu sejarah hidup kita, tahu peribadi, tahu rahsia kita. Scary kan? Saya pernah jumpa sekali, "pengamal perubatan tu, he is ustaz actually... dengan bersalam dengan pesakit, dia boleh tahu sejarah silam orang tu, kisah-kisah peribadi orang tu...dia boleh ceritakan satu persatu. Dan hari ini, saya jumpa lagi orang yang macam ni, ala-ala peramal gitu. Kali ni, sampaikan dia claim dia boleh tahu masa depan. But, he's not muslim lahh... ( ya lah, kalau muslim, naudzubillah, mana boleh kata macam tu kan, masa hadapan Allah sahaja yang tahu!) Dalam rancak kami berbincang, bercakap berkenaan dengan stress...tiba-tiba, salah seorang daripada mereka (pengamal perubatan) berkata kepada saya, "jangan risaulah, you kahwin tahun depan!" (saya dalam hati, encik tak kata pun memang itulah doa dan harapan saya selalu, moga-moga dikabulkan. Aamiin...) ahahhaaha ;D Dan saya deng...

Kenapa menulis?

A very, very my personal opinion… 1- Menulis satu perniagaan yang menguntungkan. Pulangannya ada di dunia dan lagi indah dapat pulangan di akhirat sana. Dakwah pun sangat mudah tersebar melalui mata pena, malah mungkin kesannya lagi hebat daripada dakwah lisan. 2- Saya sendiri sangat kagum dengan penulis-penulis yang mengeluarkan bahan-bahan bacaan yang hebat untuk santapan minda masyarakat. plus me, myself I’m avid reader! s o what I’m thinking is, when will be my time to become a writer pulak ;) untuk menulis mesti banyak membaca. So , apa saya tunggu lagi? Start pen down my thoughts, sharing the knowledge. It’s good for me, and Insya-Allah benefit readers too. plus as an editor, I just wondering…how come I train people to write without me myself being a writer. Saya juga terinspirasi dengan kandungan buku Mudahnya Menulis karangan Umi Kalthum Ngah. Beliau menyenaraikan antara sebab kenapa mahu jadi penulis ialah: 1- Penulisan ialah alat mel...

Alhamdulillah, saya 25 tahun! :)

Assalamualaikum semua, Hari ini 04 Mei 2016, genaplah usia saya 25 tahun. Alhamdulillah ya Allah untuk segalanya. Alhamdulillah yang tidak terhingga. Sungguh tak terhitung nikmat yang Kau berikan. Moga diri ini dapat terus bernafas dalam ketaatan kepada-Mu, bersabar dalam segala mehnah kehidupan dan harapan, akhirnya dipilih sebagai hamba-Mu yang berjaya menjalani sekolah kehidupan yang bakal mewarisi syurga Firdaus-Mu. Insya-Allah moga kita semua dapat berjiran di syurga :) Sebut pasal hari lahir, mestilah ramai yang beri ucapan selamat kepada diri ini. To my surprise, my ex-UKM TNC HEPA became the first person to wish my birthday! Ahaahhh , prof. oak rembauwi (nama fb) memang terkenal dengan ucapan selamat hari lahir beliau kepada para pelajarnya! Tapi tak sangka dah habis belajar pun dapat lagi beautiful wishes from him. I really appreciate it . Moga Allah rahmati beliau. Mungkin ini jugalah yang dikatakan, "small, little things means everything" :) Prof  wish after ...

Mencintai Profesion Ini

Alhamdulillah hari ini saya ada bengkel yang pertama bersama pakar bidang untuk Projek Penerbitan Ensiklopedia Penyakit Berjangkit. Ada 10 orang pakar semuanya, majoriti dari IMR dan lain-lain dari PPUKM, UPM dan UKM, Kampus KL (bekas kampus pengajian saya yang terchenta (= ). Maka berjumpalah saya dengan pensyarah saya tadi, Prof Kamel! Prof  Kamel mengajar saya dari tahun dua pengajian sampailah tahun akhir pengajian. Beliau pakar dalam bidang Parasitologi. It's interesting subject you know!   Sebenarnya, munculnya idea untuk menerbitkan ensiklopedia judul Penyakit Berjangkit ini, adalah datangnya daripada saya sendiri selaku pengurus projek. Awal kemasukan saya di Bahagian Ensiklopedia, DBP, pengarah jabatan mengarahkan untuk saya membina sendiri tajuk ensiklopedia saya. Makanya, saya yang berlatar belakang pendidikan dalam bidang sains kesihatan, khusus Bioperubatan berpandangan subjek Penyakit Berjangkit adalah yang terbaik! Kenapa? Kerana ianya satu topik kesihatan...

Kun Anta - Jadilah Diri Sendiri

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua :) Yeah, it’s Jumuah today! J So, let’s recite salawah upon Rasulullah SAW as much as we can. Allahumma Solli Alaa, Sayyidina Muhammad, Waa’la Aali Sayyidina Muhammad. Harini terfikir pasal “Kun Anta”, Jadilah diri kamu sendiri. Sejauh mana kita jadi diri sendiri? Atau sebenarnya, banyak daripada masa kita, kita sebenarnya berpura-pura menjadi orang lain, or we just not being ourselves, by not presenting ourselves at our best level? Get me? Or I just make this issue more terrible? Hahaha =p Saya percaya setiap daripada kita berbeza kan? We are all very unique! Allah ciptakan kita dengan pelbagai kelebihan, and yet ada juga kekurangan. Jadi apa yang patut kita lakukan dengan perbezaan ini? Bagi saya kita seharusnya melihat perbezaan ini, sebagai satu anugerah untuk kita saling menghargai dan belajar antara satu sama lain. Raikan perbezaan, dan cari titik persamaan! Menyentuh pasal jadi diri sendiri pula, saya rasa this issue just...

Sebenarnya JODOH itu bagaimana…?

Sebenarnya jodoh itu bagaimana, perlu melebih-lebih atau bersederhana? Ya Allah Kau berilah petunjuk kepada diri ini. Takkanlah sampai begitu aku perlu mengejar cinta? Peliknya, takkanlah aku perlu mengejar apa yang aku tak rasa. Terlalu jauh sekali untuk mengatakan cinta, dan aku tak tahu sebenarnya apa. Mungkin ia hanya ibarat angin yang lalu, menyapa dan pergi begitu sahaja. Ya Allah, dalam keresahan ini, rasa ketidaktentuan ini, hamba-Mu yang hina ini memohon ya Allah bimbinglah aku. Jangan pernah tinggalkan aku. Walaupun seketika, walaupun sesaat cuma. Sungguhlah tiada daya dan upaya aku melainkan dengan pertolongan-Mu ya Allah. Daripada, Hamba-Mu yang hina :’(

'Rasa' yang Pelbagai Rasa...

Aku tak tahulah apa yang ‘menimpa’ aku…Ya, pada saat ini, otak aku ligat berfikir. Cuba mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah kehidupan orang lain, tapi adakalanya seperti aku cuba ‘memecah’ masuk sempadan hidupnya. Lalu, buat aku ‘tamak’ ingin tahu segala-galanya tentang sisi hidupnya. Lalu membuatkan aku jadi sesak dada, takut-takut rasa ini bertukar lain pula jadinya. Allah… Aku cuba menilai-nilai mungkin kisah kamu dan aku ada titik sepunyanya. Sebenarnya, aku kagum dengan dirimu. Fikiran aku yang biasa-biasa ini jadi tertanya-tanya, bagaimana seorang yang aku rasa cukup mempersona boleh ditinggalkan oleh ‘dia’ yang kau cintai? Adakah ‘dia’ itu sebenarnya begitu nekad, dan kejam, lalu pergi meninggalkanmu…atau sebenarnya kau yang tersalah dalam menyemai perhubungan?... Semua orang ada kisah hatinya. Seperti mana kamu ada, begitu juga aku. Aneh hati ini ya? Tanpa beri isyarat apa-apa boleh jadi terluka sampai begitu sekali rupanya. Rasa yang aku kir...

Allah Al-Mujib

Al-Mujib berasal daripada perkataan ajaba yang bererti menjawab. Sungguh Allah Maha Menjawab setiap pertanyaan hamba-Nya. Ada masanya kita diuji . Diuji dengan sejauh mana keyakinan terhadap doa yang dipanjatkan, kesungguhan, dan istiqamah dalam berdoa. Teringat saya pesanan seorang ustazah, "dalam berdoa, kita mesti ada sifat tamak, doa segala-galanya yang kita inginkan, dan kunci doa ialah yakin ". Dr. Bilal Philip's pula ada berkata " when you make du'a, pour all your heart " . Saya sendiri sangat sukakan subjek apa yang dikatakan sebagai "doa". Doa itu senjata bagi mukmin, cahaya bagi langit dan bumi. Apabila kita berdoa, berdoalah dengan penuh keyakinan bahawa doa kita akan dikabulkan.  "Setelah berusaha segigih mungkin, maka hujung segala-galanya ialah kembalikan segala urusan kepada Allah. Berdoalah inilah tawakal. Tawakal yang diiringi doa, dan diawali usaha. Inilah tawakal yang sebenar, hujung akal bahar...

Peta Jalan Kehidupan – Hingga saat ini, yang telah Kau Qada’ kan takdirnya untukku :)

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas segala yang dilalui sepanjang tahun 2015 yang lalu. Pelbagai cerita yang dilakarkan. Ada suka, ada duka, ada yang penuh kekeliruan, tapi yang pastinya, akhirnya adalah untuk semata-mata mendewasakan diri ini, untuk membantu diri ini menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi. InsyaAllah :’) Teringat juga saya kepada kata-kata ini, “Ujian itu adalah didikan terus daripada Allah kepada hamba-Nya.” Jadi, moga hati ini tak pernah berhenti untuk terus menggali hikmah daripada setiap apa yang berlaku kepada diri.             Subhanallah, begitu pantas waktu berlalu. Terasa baharu sahaja menamatkan pengajian ijazah pertama saya di UKM. Tetapi hakikatnya, banyak sudah yang saya lalui. Pelbagai ujian, cabaran, dan halangan yang dilalui selepas tamat pengajian dalam usaha mencari pengalaman bekerja.             Bermula dengan kerja di farm...